17 Oktober 2013

HOT ! SYABAS SABOTAJ EKONOMI SELANGOR? LIHAT BUKTINYA

Syabas sabotaj ekonomi Selangor?




Hasil kajian Pusat Kajian Sosio-Ekonomi (SERC) ke atas laporan media sekitar isu air Selangor menunjukkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menolak atau menangguhkan permohonan daripada lebih 1,000 pengusaha industri yang mahu mendirikan kilang di ne-geri ini.

Perkara itu disebut Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan dalam satu kenyataan kepada agensi berita Bernama.

Menurut Sohaimi, syarikat konsesi itu berbuat demikian atas dakwaan Selangor menghadapi kekurangan air terawat yang serius.

Syabas sebelum itu mencadangkan catuan bagi menghadapi krisis seperti yang didakwa mereka.

Kerajaan Pusat bagai-manapun berkata catuan tidak diperlukan.


“Pengumuman Kerajaan Pusat bahawa catuan air tidak perlu dilaksanakan setakat ini, bermakna ada bekalan air terawat yang mencukupi untuk pelanggan Syabas, sama ada kediaman atau industri,” tegas laporan SERC itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Selangor tidak berada dalam krisis.

Beliau menolak langkah catuan, sebaliknya menggesa Syabas membekalkan air kepada kawasan-kawasan yang mengalami gangguan.


“Bagi kawasan yang menghadapi gangguan begini, Syabas dikehendaki membekalkan bekalan air ke kawasan berkenaan. Bukanlah catuan. Kita minta Syabas tangani masalah itu supaya pengguna tidak menghadapi masalah,” tegas beliau.

Antara kes yang pernah dilaporkan, ialah permohonan bekalan air daripada pengusaha sarung tangan getah terbesar di dunia, Top Glove Corporation, yang ditolak Syabas. Para pemaju turut mengeluh kerana permohonan mereka juga ditolak.

Bahkan, syarikat pengusaha barangan, F&N, menanggung kerugian besar kerana Syabas tidak membekalkan air selama lima hari kepada kilang F&N di Pulau Indah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...