18 September 2013

Kekalahan Pas di Kedah Bukan Kerana Tahaaluf siyaasi


 

PAS sudah nampak hasil tahaaluf siyaasi - Salahuddin Ayup

 Walaupun Pas gagal membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU13, namun ia tidak bermakna parti itu perlu menamatkan kerjasama politik atau tahaaluf siyaasi di antara PKR dan DAP dalam PR.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas akan terus mempertahankan kerjasama politik itu bagi memastikan parti itu kekal relevan dalam arena politik negara ini.

“Kita percaya melalui keputusan yang dicapai muktamar lalu, tahaaluf siyaasi yang dicapai pada hari ini telah menampakkan hasilnya malah ia jauh lebih baik dan berjaya melakar kecemerlangan berbanding ketika Pas bersendirian pada pilihan raya 1982, 1986 dan 2004.

“Pas juga telah buktikan kekuatan dan kesepaduan jentara pilihan raya lalu membolehkan Pas memperolehi undi popular melebihi BN,” katanya dalam wawancara eksklusif Sinar Harian Online, di Pejabat Agung Pas, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan meneruskan tahaaluf siyaasi dalam PR selepas resolusi Multaqa Ulama mengusulkan supaya ia dikaji semula.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan, dakwaan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib minggu lalu yang mengatakan sokongan pengundii Melayu terhadap semakin merosot itu tidak berasas, sebaliknya Pas berjaya menambah kerusi Parlimen di beberapa negeri termasuk dalam kubu kuat BN.


“Pas berjaya menonjolkan wajah baru dan menyakinkan kita apabila pengaruh Pas di Johor semakin meningkat.

“Dulu agak mustahil Pas dapat bertapak di Johor, tetapi dengan kemenangan empat kerusi itu, membuktikan keyakinan rakyat Johor khususnya pengundi Melayu dan Cina lebih kukuh terhadap Pas,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Pas akan memberikan perhatian serius kepada segala kritikan dan teguran sayap parti untuk memperbaiki dan memperkasa parti itu di masa akan datang.

“Kita bersetuju tiada apa yang dikhuatirkan dengan Multaqa Ulama itu, tiada pandangan negatif apa yang diusulkan minggu lalu.

“Apa pun yang dicadangkan itu akan dijadikan sebagai satu rumusan ke arah perkukuhkan Pas dalam PR,” katanya lagi.

Ketika diminta mengulas kekalahan Pas di Kedah pada 5 Mei lalu, beliau menafikan kekalahan itu bukannya berpunca daripada tahaaluf siyaasi Pas dengan PR sebaliknya terdapat faktor lain yang menghalang untuk Pas mempertahankannya.

“Setakat ini, maklumat ‘post mortem’ yang saya perolehi bukannya disebabkan oleh tahaaluf siyaasi dalam PR, tetapi ada unsur lain dan saya akan bentangkan laporan post mortem kekalahan Kedah itu tidak lama lagi,” katanya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Allah tidak pernah makbulkan pun doa ketua2 bertopengkan jubah korang utk perintah malaysia,

selagi korang bertuhankan undi dan menegakkan sistem demokrasi utk daulah islam..selagi tu la korang bermimpi. siapa mencipta sistem demokrasi? bermain la korang dalam tu.kihkihkih.

makna tahluf siyasi pun korang gagal utk faham. sama je korang sekular dgn dap dan pkr.

semua ni tahyul sia sia.kihkih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...