17 September 2013

PANAS ! 10 BUAH KERETA DISITA OLEH SPRM DAN BEKAS PEMBANTU POLITIK SHAHRIZAT TURUT DITAHAN....

Bekas setiausaha politik ahli politik ternama ditahan


Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.


Bekas Setiausaha Politik tersebut telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.

Beliau yang berpangkat “Datuk” dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik bekas menteri kabinet itu ditahan SPRM malam tadi untuk membantu siasatan penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

“Dia ditangkap untuk bantu siasatan, belum dakwa lagi,” kata Timbalan Pengarah SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.




Sebuah portal berita melaporkan SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik itu.

Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM di Putrajaya.

1 ulasan:

Awanama berkata...

SPRM BUAT LAWAK JENAKA KETAWA LAH BERAMAI RAMAI.HE GELI BULU AKU DEGONYE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...