05 Ogos 2013

Panas ! Punca Peningkatan Pembunuhan Guna Senjata Api Terbongkar !!!



Penganalisis: Pembunuh upahan serendah RM1,000

Selepas beberapa hari akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan di Malaysia boleh diupah dengan harga RM5,000, akhbar tempatan Malaysia melaporkan harganya rendah daripada itu.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000 yang mana secara ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper bahawa 'death is cheap' di Malaysia.

Dalam temubual melalui soal jawab dengan akhbar itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya jika 'faktor upah pembunuh upahan dikatakan serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api'.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah. Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," katanya.

Akhbar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari antaranya cara untuk menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh, melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," katanya.



Nazri: Akhbar Singapura berlaku adil

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan juga menyatakan kebimbangan mengenai jenayah tembak-menembak kebelakangan ini yang akan menjejaskan kehadiran pelancong.

KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bahawa tajuk berita akhbar Singapura, The New Paper ‘Welcome to Malaysia where… Death is Cheap and Staying Alive Costly,’ adalah suatu tajuk berita yang adil.

“Ini bukan suatu yang memburukkan kita, kerana Singapura juga pakejkan pelancong mereka dengan selatan Johor seperti Legoland dan Hello Kitty. Kalau mereka kata jangan datang ke Johor, pelancong pun tidak akan pergi ke Singapura.

“Kalau mereka sengaja kata Malaysia bahaya, ia juga akan menjejaskan pelancongan negara mereka,” kata beliau.

Tajuk berita itu, yang dipaparkan pada 31 Julai, antara lain bermaksud di Malaysia nilai nyawa manusia murah dan kos untuk terus hidup dengan selamat pula tinggi dengan tajuk kecil dan gambar warga Singapura berstatus pemastautin etap yang cedera ditembak kini berbelanja $3,200 sebulan untuk pengawal peribadi.

Pada masa yang sama, Mohamed Nazri Abdul Aziz juga meluahkan kebimbangan mengenai kejadian jenayah tembak yang berleluasa kebelakangan ini akan menjejaskan kehadiran pelancong.

Katanya walaupun setakat Jun lepas kedatangan pelancong meningkat sembilan peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, penyebaran berita mengenai kes jenayah tembak mampu memberi kesan langsung kepada ketibaan pelawat ke negara ini.

“Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, kementerian akan terus memainkan peranan secara agresif dalam mempromosikan dan meyakinkan pelancong bahawa keadaan adalah terkawal,” kata beliau.

Mengenai langkah Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu kepada 14 hari, Mohamed Nazri berkata usaha itu diambil demi keselamatan negara.


Beliau berkata tempoh yang singkat itu memudahkan pergerakan rakyat asing di negara ini dikesan berbanding dengan tempoh 90 hari.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...