10 Ogos 2013

NKRA Polis Gagal Lagi, Perompak Larikan Mesin ATM Di Kulaijaya

"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar mesin tersebut," 

 Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata  tempoh hari mengulas kekerapan rompakan mesin ATM 



RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) merekodkan suspek yang memakai penutup muka memecah dan melarikan mesin wang automatik (ATM) di salah sebuah bank di pekan Kulai, awal pagi tadi.

PKULAIJAYA: Dalam suasana tenang menyambut Aidilftri, sekumpulan penjenayah mengambil kesempatan merompak bank dengan membawa lari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dari sebuah bank di Jalan Pasar, dekat sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 2.45 pagi itu, dipercayai sekumpulan tiga hingga lima penjenayah melarikan sebuah mesin ATM menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum dibawa lari menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV). 

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan kejadian terbabit dan katanya pihak polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti dan mengesan penjenayah itu.


Ronda mesin ATM sejam sekali

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa hari ini, pasukan peronda polis akan menjalankan rondaan sejam sekali di premis-premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di seluruh negara sebagai langkah mencegah kejadian samun dan pecah ATM.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melaporkan keadaan terkini selepas setiap rondaan kepada bilik kawalan di setiap daerah.

"Unit rondaan ini perlu menjalankan rondaan dengan berhenti dan melawat premis ATM dengan kekerapan satu jam sekali dalam tempoh 24 jam setiap hari di semua daerah di seluruh negara.

"Kalau setiap jam ada polis yang meronda di premis ATM, mana mungkin boleh berlaku kejadian samun dan pecah ATM sebab ia perlukan masa memandangkan peralatan yang digunakan seperti gas oxy-acetylene, dan lori untuk menarik keluar 

mesin tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah KLCC.

Beliau berkata unit peronda itu dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap sebarang insiden khususnya melibatkan kejadian pecah dan samun ATM sekiranya ia berlaku dalam tempoh rondaan mereka.- 


See more at: http://salam.hmetro.com.my/articles/RondamesinATMsejamsekali/2013/Article#sthash.qVBbcNci.dpuf

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...