05 Ogos 2013

Tahukah Anda: FBI Guna ‘Malware’ Untuk Aktifkan Mikrofon Peranti Android

FBI Guna ‘Malware’ Untuk Aktifkan Mikrofon Peranti Android
by ShibliVision


The Wall Street Journal melaporkan bahawa Federal Bureau of Investigation (FBI) mempunyai alat untuk mengaktifkan mikrofon peranti Android daripada jauh.

FBI membangunkan alat ini secara sulit dengan bantuan beberapa badan swasta di mana ianya mampu mengaktifkan mikrofon pada peranti yang menggunakan Android milik Google Inc untuk merakamkan perbualan.

Satu lagi laporan daripada The Register memberitahu FBI meletakkan sejenis ‘malware‘ di dalam peranti Android untuk mengesan dan merakamkan perbualan pengguna.

Google menolak untuk memberi kenyataan di dalam hal ini. Laporan penuh di WSJ.

Apa respon anda berkenaan hal ini? Adakalanya mungkin dilihat ada bagusnya tapi mungkin juga dilihat sebagai gangguan privasi tahap tertinggi bagi sesetengah pengguna.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...