14 Ogos 2013

450 TERBUNUH DALAM SERANGAN POLIS DI MEDAN RABAAH - SAKSIKAN VIDEO








Serangan di medan Rabaah: 450 terbunuh, 10,000 penyokong Morsi cedera

Gambar merakamkan kejadian berlaku hari ini di Mesir sebagaimana yang disiarkan oleh media di sanaLebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.






BERITA TERKINI:

Mansurah : Warga bandar dan kampung Daqahliya telah keluar membentuk perhimpunan aman di hadapan stadium Mansurah sebagai tindak balas terpantas ke atas pembunuhan beramai-ramai pada peleraian perhimpunan di Medan Nahdhah dan percubaan peleraian perhimpunan di Medan Rabiatul Adawiyah dan bagi mengecam pembunuhan tersebut.

Sejurus itu pasukan Kementerian Dalam Negeri (polis, tentera) dengan bantuan samseng-samseng telah membuat serangan ke atas para pro demokrasi yang tidak bersenjata dengan melepaskan bom gas pemedih mata. Serangan dari samseng-samseng telah menyebabkan para pro demokrasi untuk berundur ke bangunan Majma' Al Mahakim dan mereka masih di sana sehingga sekarang.

Dalam masa yang sama mereka telah memuat turunkan video-video penglibatan pasukan Kementerian Dalam Negeri bersama samseng-samseng dalam serangan ke atas para pro demokrasi yang berhimpun secara aman, dan mereka menyeru para pro demokrasi untuk terus teguh berada di situ dan menyeru sebahagian yang lain untuk menyertai mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...