15 Ogos 2013

Panas ! Polis NS Gagal Mengambil Peluru Yang Mencederakan Pengerusi MyWatch Selepas Pembedahan


Bapa Sanjeevan tak mahu polis NS ambil peluru

Satu kekecohan berlaku di Hospital Serdang hari ini ketika sekumpulan anggota polis dari Negeri Sembilan mendesak untuk mengambil peluru yang mencederakan pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Sanjeevan menjalani pembedahan untuk mengeluar peluru tersebut dan darah beku pada jam 2.30 petang ini, apabila anggota polis tersebut muncul.


Tetapi bapa Sanjeevan, P Ramakrishnan (kiri) membantah kerana beliau sebelum ini telah meminta agar kes Sanjeevan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya tidak mahu mereka mengendalikan kes ini," kata Ramakrishnan (kiri) kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu petang ini.

Ini kerana Ramakrishnan curiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol terlibat dalam kes Sanjeevan ditembak pada 27 Julai.

Desakan Ramakrishnan itu berhasil apabila polis Negri Sembilan berkata mereka tidak lagi mengendalikan kes itu dan polis Bukit Aman akan mendapatkan peluru tersebut, apabila pembedahan yang dijangka mengambil masa empat hingga lima jam, selesai.

Penasihat MyWatch, S Gobikrishnan (kanan), yang juga datang ke hospital itu berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau secara peribadi memantau kes itu dan telah mengarahkan peluru itu dihantar ke forensik di Cheras.

"Beliau juga akan menemui kami (Gobikrishnan dan keluarga Sanjeevan) minggu depan," kata Gobikrishnan.

Ramakrishnan sebelum itu berkata anggota polis tersebut tetapi memperdulikannya dan terus masuk ke dalam bilik pembedahan.

Beliau kemudian membuat laporan polis di pondok polis di hospital tersebut, dengan bertegas bahawa beliau "tidak akan membenarkan" peluru itu diambil oleh anggota polis dari Negri Sembilan dan beliau mahu polis Bukit Aman mengambil alih kes itu.




~ Malaysiakini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...