22 Mei 2013

TERHOT ! MENGAPA PRESIDEN CUEPACS & UTUSAN BERTINDAK SEPERTI REJIM APARTHEID AFRIKA?!!!



CUEPACS jangan jadi pertubuhan perkauman, kata DAP

Pemimpin DAP Lim Guan Eng mengkritik kesatuan sekerja penjawat awam supaya tidak menjadi pertubuhan perkauman ekoran gesaan memboikot syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X hari ini.

Syarikat penerbangan tersebut diserang hebat oleh akhbar Utusan Malaysia ekoran tulisan di Twitter ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang tidak senang dengan garis perkauman yang dimainkan oleh akhbar tersebut selepas pilihan raya 5 Mei.

"CUEPACS salah kerana menyertai Utusan Malaysia memboikot AirAsia Dan AirAsia X.

"CUEPACS tidak sepatutnya menjadi sebuah pertubuhan perkauman tetapi berkhidmat kepada semua penjawat awam di Malaysia tanpa peduli kaum dan agama," kata Lim(gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.

Setiausaha agung DAP tersebut juga membidas Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman yang mengambil pendirian bersifat politik walhal beliau sepatutnya sedar bahawa penjawat awam di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

"Datuk Omar Osman sepatutnya berkelakuan sebagai seorang Presiden CUEPACS untuk semua dan tidak mengambil bahagian dalam tindakan perkauman Utusan Malaysia atau Umno," kata Lim lagi.

"Jelas sekali bahawa Datuk Omar telah terlupa bahawa ada penjawat awam Melayu yang tidak rasis dan ada juga warga bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam," tambahnya lagi.

Menurut Lim lagi, langkah dan gesaan seperti dua entiti Utusan Malaysia dan CUEPACS ini merosakkan perpaduan dan imej negara, malah menunjukkan Malaysia tidak jauh beza dengan rejim perkauman seperti di Afrika Selatan.

"Dengan membenarkan boikot produk berasaskan perkauman ini berterusan, Malaysia akan dilihat sebagai tidak jauh beza berbanding rejim perkauman seperti rejim apartheid Afrika Selatan, malah turut membawa kesan negatif kepada ekonomi," katanya lagi.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini melaporkan CUEPACS dan dua lagi pertubuhan menyertai panggilan untuk memboikot AirAsia dan AirAsia X, selain menyaran menggunakan Malaysia Airlines (MAS) dan anak syarikatnya Firefly semasa cuti sekolah dua minggu akan datang.

Beberapa kumpulan turut dilaporkan memberi alasan sama untuk menyokong kempen boikot AirAsia seperti Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak) dan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), lapor akhbar tersebut.

Untuk menyokong dakwaan mereka terhadap perkhidmatan pesawat tambang murah itu, Utusan turut melaporkan di muka hadapan tentang seorang lelaki mengadu syarikat penerbangan itu enggan menerbangkan mayat arwah ibunya dari Jogjakarta ke Kuala Lumpur walaupun beliau telah membeli tiket sebelum ini. AirAsia mengatakan mereka tidak mempunyai lesen untuk menerbangkan mayat.

Sebagai respon, akhbar Utusan telah memainkan komen-komen dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno yang menyelar Azran, mengatakan beliau angkuh dan Melayu lupa daratan.



Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar yang menyokong Utusan menyelar Azran, mengatakan beliau tidak akan sampai ke kedudukannya sekarang tanpa "kuasa Melayu yang diperjuangkan oleh Utusan Malaysia".

The Malaysian Insider hujung minggu lalu melaporkan kempen memboikot barangan pengguna daripada peniaga kaum Cina akan membantutkan perancangan transformasi ekonomi kerajaan, Dewan Perniagaan Melayu dan Cina, disamping pakar ekonomi Dr Yeah Kim Leng menekankan ketegangan perkauman akan menakutkan pelabur luar negara.

Malah, langkah tersebut dilihat tidak praktikal memandangkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang pada 4.1 peratus dalam suku tahun pertama, rekod paling rendah dalam tempoh suku kesembilan sebelum ini.

6 ulasan:

Awanama berkata...

cuepecs ni tahu mintak sedekah walaupon tau tak layak terima....memperjuangkan nasib 1.5 jita ahli tp lupa akibat yg ditanggung 20juta yg lain.....

Awanama berkata...

Omar gagap tu, dapat sahaja gelaran Dato' dah jadi peribahasa "macam anjing lari sorok ekor celah kangkang". Itulah nasib Melayu di negara Kunta Kinte ni, dengan memilih individu yang kurang pendidikan sekalipun mereka masih juga tertipu.

Awanama berkata...

Si otak kontot, apa kelulusan kontot neh, 505 tak nak bertanding pru, dpt dato dah jadi anj....lu ingat mampos nanti ala sebut wahai dato kontot awooo... awoooo...

Awanama berkata...

ala....presiden cuepecs ni cuma nak lagak je pandai ...sama je macam ibrahim ali ckp byk kat depan tv n mix je ....kalau berani keluar jalanraya ckp kot kena baling telor busuk baru beliau tahu. dasar banglasia berani nak ckp byk lg tunggu tukar kerajaan nanti dia boleh habis tua kat kpg hutan nusantara.

Awanama berkata...

"Datuk Omar Osman
Adalah kaduk naik junjung.....
Perjuanglah nasib pekerja
Masa aku kerja dulu dia ini kerani biasa, tapi la ni cakap macam KP kadang-kadang macam KSN....
Hoi sedarlah Dato yang kau dapat tu tak meningkatkan kelayakan kau untuk bercakap yang bukan-bukan. Otak serpihan kura-kura bendang.
Sedarlah diri,

banggoi petai berkata...

baguss dato Omar! !!!! teruskan lagi usaha memeras najib. . dia pasti setuju apa saja yg CUepacs mintaaa. .. kalau dato masih "kuat" .. minta ja datin seri rosmah ,, kompom najib bagi dato. .. siap dapat rebat after services lagiii. ... hahahahaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...