22 Mei 2013

PANAS ! MASAK ZAHID..KENA TIBAI SIANG MALAM..( + VIDEO )

"Kenyataan Datuk Seri Dr Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik. Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat.



Tidak salah untuk mempersoalkan kerajaan minoriti BN, kata Guan Eng kepada Zahid Hamidi

21 Mei — Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng hari ini sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum mereka yang berani bertingkah.

Lim juga turut mengecam Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara agar berhijrah serta mencabar naib presiden Umno itu untuk berdebat dengannya sehari penuh di parlimen, dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang ataupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu turut menggelar Ahmad Zahid sebagai “bongkak” dan hanya berani di depan media dan kemera TV BN untuk menyelar rakan-rakan beliau dari PR.

“Adakah beliau berani untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itu bersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid menimbulkan kontroversi minggu lalu apabila menulis di dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia yang tidak berpuas dengan kemenangan BN kerana sistem “first past the post” boleh berpindah ke negara lain.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” tulis Ahmad Zahid.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” tambah beliau lagi.



Lim Guan Eng: Jemput Ahmad Zaid Hamidi berdebat pemimpin Pakatan.

Pilihan raya 5 Mei menyaksikan perpecahan golongan bandar-luar bandar Malaysia.

Walaupun pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, BN masih lagi memerintah negara dengan 133 kerusi Parlimen berbanding PR yang hanya mendapat 89 kerusi.

“Rakyat ada hak untuk menyoal demokrasi jenis apa yang ada di Malaysia yang membenarkan kekuasaan minoriti ke atas majority,” kata Lim.

“Sebalik memberi jawapan kepada tuntutan umum terhadap reformasi pilihan raya supaya menghormati pinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’, Ahmad Zahid mengambil pendekatan autokratik dan keras bagi menghukum mereka yang berani bertingkah,” tambah beliau lagi.

Dalam satu forum pada 13 Mei lalu, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”

Disebabkan itu, beliau kini direman di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.

Walau bagaimanapun, PR telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan minggu lalu PR akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 minggu lalu ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpun di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah. ~TMI

SEMENTARA ITU SEMALAM DR.MUJAHID MENGHENTAM KERAS KENYATAAN ZAHID


GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan jika beliau tidak mengendahkan seruan ramai pihak supaya menarik balik kenyataan yang berbaur perkauman kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar).

Mengulas tindakan yang sama dikenakan pada aktivis mahasiswa, Saudara Adam Adli beberapa hari sudah, beliau membidas itulah sikap berat sebelah Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap ikan jerung dan ikan bilis di Malaysia.

"Ikan Jerung tidak langsung ditegur walaupun kenyataan berapi-api menghina kaum lain di Malaysia tetapi ikan bilis ditahan dilokap, dipenjarakan dan didenda," tegasnya ketika ditemui di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) tengahari tadi
.~ HD

Nasrudin nasihat Zahid contohi Khairy

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan menasihatkan Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mencontohi sikap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang lebih matang dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, kenyataan Zahid yang menyarankan agar mereka yang enggan menerima sistem pilihanraya Malaysia supaya meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, hanya menampakkan keangkuhan beliau yang baru sahaja dilantik sebagai menteri dalam negeri.

"Kenyataan Datuk Seri Dr Zahid bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik. Beliau menghukum dengan pandangan yang kabur tanpa melihat keseluruhan pandangan rakyat.

"Beliau sepatutnya belajar dari Sdr Khairy Jamaluddin yang walaupun mentah dari sudut pengalaman, tetapi akalnya panjang. Beliau tidak melatah dan bersikap dendam terhadap musuh politiknya sebaliknya bersikap ‘gentle’ dengan mendamaikan, bukan menjarakkan jurang politik.," katanya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Khairy sejurus dilantik sebagai menteri belia dan sukan yang mengatakan bersedia mengadakan pertemuan dan menerima pandangan semua pemuda parti-parti politik untuk membangunkan belia dan sukan di Malaysia.

Menurut Nasrudin lagi, Zahid sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana rakyat masih sayangkan negara dan bersikap patriotik terhadap negara.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Zahid Hamidi ini memang politkus kampung......
Jenis Melayu sebelum Merdeka, kalau tak setuju boleh belah..... Dia mula halau orang dia kata negeri ini pun bukan bapak Dsai punya.....
Bangang tahap gaban....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...