19 Mei 2013

TERHANGAT ! LEPAS KAK ZAT , VETERAN UMNO PULAK TUNJUK BODOH & DENGKI SAMA MELAYU...!!!




Veteran Umno arah anggota boikot AirAsia, AirAsia X


Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.

Tindakan itu juga ekoran kegagalan AirAsia X memecat Azran dari jawatan tersebut, kata Mustapha yang menganggap dakwaan cercaan ke atas Utusan itu sebagai penghinaan ke atas kaum Melayu.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.

"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya.

Menurut Utusan, Azran dalam tulisannya di Facebook menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"
Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.



Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X



Kiri Rafidah Aziz, Azran, Aminah Abdullah

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz diminta meletak jawatan sekiranya gagal mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani yang mengeluarkan kenyataan mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia mempertahan hak orang Melayu.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, penjelasan Rafidah berhubung kontroversi yang dicetuskan Azran itu dianggap tidak memuaskan dan seperti ingin mengelak isu sebenar.

Menurut beliau, penjelasan dan tindakan Rafidah dalam isu tersebut sama seperti yang dilakukan beliau ketika berdepan isu permit import kereta (AP) 10 tahun lalu.

"Rafidah tidak boleh mengamalkan dwi standard iaitu satu untuk beliau sendiri dan satu untuk orang lain.

"Apabila kena batang hidung sendiri, beliau begitu senang menyatakan kenyataan Azran bersifat peribadi dan tidak kena pada tempat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aminah mengulas reaksi Rafidah semalam terhadap kenyataan Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya bagi menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.

Menurut Aminah, kepentingan orang Melayu dan pengkhianatan terhadap bangsa sendiri tidak boleh dianggap sebagai perkara bersifat peribadi.

Beliau juga meminta Rafidah menjelaskan secara terbuka tindakan yang akan diambil terhadap Azran berikutan kenyataannya yang membabitkan maruah orang Melayu.

"Jika Rafidah tidak mampu bertindak kita nasihatkan beliau pencen sahaja dan duduk senyap-senyap di rumah.

"Jangan terus memalukan golongan wanita dengan hipokrasi," katanya.


Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Rafidah seharusnya menyatakan pendirian tegas ekoran kenyataan Azran yang tidak sensitif terhadap orang Melayu.

Beliau memberitahu, kegagalan Rafidah mengambil tindakan tegas akan memberi gambaran seolah-olah Azran tidak menghormati Pengerusi AirAsia X itu.

"Seharusnya Rafidah mengeluarkan kenyataan memohon maaf bagi pihak Azran untuk menutup isu ini daripada menjadi kemarahan rakyat," ujarnya. ~UM


3 ulasan:

Awanama berkata...

Hairan, azran mengutuk utusan malaysia krn keluarkan statement berbentuk perkauman tp amno pulak yang melompat..rasis betul..

Awanama berkata...

Bila kutuk utusan tu murtad melayu?tolongla umno..masih x blajar ke dr pru13.x habis2 rasis.isu mulut celupar bang brahim ali apasal x canang sama kat tv?

Awanama berkata...

Um no is government. government is um no.um no is recist.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...