14 Januari 2013

Panas ! Kenderaan JPJ didakwa Langgar Pembahagi Jalan Ketika kejar Lori..?


Kenyataan Twitter Adun Sitiawan : 

JPJ purportedly cross divider to get a lorry causing the big pile up. People ask,
if JPJ does  nt follow the law why shd we ?

Ngeh Koo Ham 倪可汉


JPJ Perak diberi tempoh seminggu lengkap siasatan

Ipoh: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak diberi tempoh seminggu bagi melengkapkan siasatan dalaman berhubung kes kenderaan jabatan itu dibakar di Kilometer 12, Jalan Ipoh-Lumut, Jumaat lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata jabatan berkenaan diminta mengumpul semua maklumat dalam tempoh berkenaan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

“Saya tidak mahu ulas lanjut perkara itu kerana kes masih dalam siasatan polis. Kita bukan nak lindung mana-mana pihak, tetapi lebih baik tunggu siasatan polis selesai,” katanya selepas majlis sambutan ulang tahun ke-64 MCA, semalam.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu.

Beliau juga enggan mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter yang mendakwa kenderaan JPJ melanggar pembahagi jalan ketika mengejar sebuah lori membawa muatan sawit menuju arah Manjung.


Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu itu, pacuan empat roda Toyota Fortuner JPJ Perak diterbalikkan dan dibakar orang ramai yang mendakwa ia punca kemalangan mengakibatkan 15 individu cedera termasuk empat parah
.

Pautan kekal imej terbenam

PERISTIWA KENDERAAN JPJ DIBAKAR SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...