14 Januari 2013

Kantoi ! Ahli -ahli Umno Pun dah Bara Dengan Syabas !!!



Satu kesilapan besar BN Selangor menggunakan Syabas untuk  memburukan kerajaan PR.  Isu air adalah isu besar yang silap haribulan  rakyat akan menterjemah  sokongan dalam bentuk undi terutama di kawasan bandar segala maklumat mudah dicapai. Satu hari takada air ok, masuk dua hari maki hamun dah keluar , masuk hari ketiga fikirlah sendiri jawapannya...... BN tidak belajar dari kesilapan Khir Toyo sebelum dibenam pada pru12

Pemuda Umno Ampang akan mengadakan demonstrasi bagi melahirkan rasa tidak puas hati mengenai perkara tersebut.



Bekas Adun Umno Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo tidak puas hati dengan cara Syabas air Selangor (Syabas) mengatasi masalah air di kawasan Ampang yang belum menyeluruh termasuk kawasan perumahan.

Ismail berkata, Pemuda Umno Ampang akan mengadakan demonstrasi bagi melahirkan rasa tidak puas hati mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak faham mengapa Taman Dagang hanya tingkat bawah hingga tingkat dua yang mendapat bekalan air paip, manakala tingkat tiga dan empat belum lagi.

“Mengapa boleh berlaku begini?” katanya yang juga ketua Umno Ampang.

Bekalan air di beberapa kawasan termasuk Ampang terganggu sejak seminggu lalu ekoran kerosakan pam di Setiawangsa.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak berkenaan perlu memberi perhatian,” tambahnya.





Ismail juga mahu kerajaan negeri memainkan peranan sewajarnya bagi mengatasi masalah bekalan air di Lembah Kelang.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan saham dalam Syabas.

Ismail kesal pimpinan kerajaan asyik menuding jari menyalahkan Syabas sebaliknya mereka tidak melakukan sebarang tindakan mengatasinya.

“Apa wakil kerajaan negeri buat dalam ahli lembaga pengarah Syabas?” tanya beliau
.

Ini Jawapan  Tentang Kuasa Kerajaan Negeri  Dalam Syabas :


KDEB Sangkal Dakwaan Ahli Akademik Selangor Boleh Kawal Syabas



SHAH ALAM 14 JAN: Pengaruh Kerajaan Selangor di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terhad kepada perwakilan dalam lembaga pengarah sahaja syarikat itu sahaja dan bukan di dalam operasi harian Syabas.

Ini dapat dilihat apabila pada Julai tahun lepas, Syabas mencadangkan catuan air di seluruh Lembah Klang dan Selangor tanpa persetujuan dan pengetahuan Kerajaan Selangor, kata Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

KDEB adalah sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang memiliki pegangan saham 30 peratus di dalam Syabas.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden KDEB Suhaimi Kamaralzaman membidas dakwaan seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), bahawa Kerajaan Negeri cuba menutup kelemahannya menangani isu air.

Pensyarah itu, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri mendakwa Syabas dibawah kendalian kerajaan negeri dan Selangor cuba menutup fakta seolah-olah ia tidak mempunyai kepentingan di dalam Syabas.

Suhaimi berkata, kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan harian, peralatan dan sistem pengagihan bekalan air dilaksanakan oleh pengurusan Syabas yang telah dilantik oleh pemegang saham majoriti iaitu Puncak Niaga Holdings Berhad.

“Pengaruh Kerajaan Negeri terhad dalam pengurusan Syabas boleh terlihat apabila pengurusan Syabas mencadangkan pencatuan air pada bulan Julai 2012 yang telah diputuskan oleh pengurusan Syabas tanpa merujuk Lembaga Pengarah terlebih dahulu,” jelas Suhaimi.

Kuasa terhad Kerajaan Selangor di dalam Syabas adalah antara sebab ia mahu mengambilalih industri air daripada Syabas kerana mendakwa syarikat itu gagal melaksanakan tugasnya sebagai syarikat pengedar air terawat di Selangor.

Ini dibuktikan apabila lima pam air di rumah pam Wangsa Maju rosak akibat tidak diselenggara dengan sempurna sejak awal tahun lepas dan menyebabkan lebih 500,000 penduduk di 90 kawasan di Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air.

Dalam pada itu, wakil Kerajaan Negeri dalam lembaga pengarah Syabas akan menuntut penjelasan daripada pengurusan Syabas serta pelan tindakan untuk penyelenggaraan sempurna bagi mencegah kejadian seperti itu berulang.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi juga telah memantau Syabas setiap hari terutamanya bagi pelan tindakan dan pemulihan air.

Jawatankuasa tersebut dan juga wakil KDEB juga telah meminta penjelasan daripada Syabas mengenai kegagalan dan penyelesaian jangka pendek dan panjang mengenai isu ini.

“Mereka ini telah dipertanggungjawabkan bagi mempastikan semua pelan tindakan dilaksanakan dengan pantas dan efisien,” kata Suhaimi lagi.

1 ulasan:

Awanama berkata...

As salam tuan adman, maaf, nak pebetui sikit, mail kijo bukan adun lembah jaya dah, dia tu PRU 12 dah kena buang, la adun lembah jaya org Pas, YB kassim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...