09 November 2012

SUK PELAQ.....TAK HORMAT MANDAT RAKYAT...Wooi hangpa simpan buat apa lagi.....

Mengapa Rasli Basir engkar titah Agong?




Oleh: Enggang Qadha

Sudah menjadi rahsia umum bahawa dalam pertemuan antara Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak yang bertemu mengadap KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong pada 3 November lalu, baginda mahu supaya MB melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Exco berhubung isu pertukaran YDP Majlis Kubang Pasu-Kuala Muda, antara Encik Fisol dan Dato' Aziz.

Keputusan mesyuarat Exco yang diadakan beberapa minggu lalu yang turut dihadiri oleh Rasli Basir, memutuskan supaya Fisol kembali ke Kubang Pasu dan Dato' Aziz kembali ke Kuala Muda. Itu yang Di-Pertua Agong mahu. EQ difahamkan Rasli pun dah dapat maklumat itu tetapi mengapa dia masih enggan melaksanakan titah Agong? Takkan nak ikut perintah Agong atau tidak, Rasli kena pi tanya Mahdzir Khalid dulu? Adakah Mahdzir Khalid tu lebih besar dari Agong?

Dalam mesyuarat Exco terbaru EQ difahamkan MB dah maklumkan kehendak Yang Di-Pertuan Agong tapi Rasli (macam selalulah) masuk mesyuarat Exco setelah lama mesyuarat berlangsung. 

SUK kepala bapak apa macam ni... Mungkin dia masuk lewat sebab sengaja nak bagi dak dengag titah Agong yang disampaikan oleh MB dalam mesyuarat Exco.

Rasli masih boleh bagi alasan.... tak tau pun titah Agong tu, Agong tak habag sendiri dekat aku pun...

Takpa Rasli kalau hang tak dengaq dari mulut Agong sendiri titah baginda dalam isu pertukaran YDP Kubang Pasu - Kuala Muda, mai kami rakyat jelata nak habag dekat Agong kata hang tak tau.....

Tunggu selepas ini... DEMONSTRASI MENJUNJUNG TITAH TUANKU & MENENTANG PENDERHAKA. Lokasi akan kita tentukan, mungkin kita boleh buat di airport sewaktu Tuanku berangkat pulang ke Kedah nanti.... itu semua boleh difikirkan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong tuan tanah...

Tanpa Nama berkata...

sokong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...