05 November 2012

Berita Paling Panas Di media pro kerajaan..penafian lompatan di Sabah


Berita Ahli MP dan Adun Sabah akan keluar dari BN telah jadi kegemparan dan penafian yang bertalu-talu  di media tradisinol dan sosial pro kerajaan.  Berita ini bermula dari kenyataan Bumbring semalam dan hanya dikeluarkan oleh sebahagian blog pro pembangkang kerana kesahihan berita tersebut agak meragukan. 

Dompok nafi dakwaan UPKO hampir-hampir tinggalkan BN

PENAMPANG, 4 Nov — Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN. “Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang.

“Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini hari ini.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.

Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah. Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: “Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media”.

“Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat,” katanya.
— Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Biarlah dia `orang tua tu' keluar, lebih ramai lebih baik. Mudah bagi generasi muda masuk gelanggang pulak. Tak ada ruginya pun dia orang keluar. Takut nanti UMNO kalah! Dia orang dah nyanyuk dan tak memberi faedah kepada perkembangan politik semasa pun. Biarlah mereka terjun dengan labi-labinya....

Lebih bahana adalah bila bekas politik kembali kepangkuan politik kerana `hajat politiknya' lebih besar dan dasyat.

So, ia tak perlu jadi isu!.

Tanpa Nama berkata...

Kesilapan BN ialah mengabaikan Sabah dan Sarawak walaupun mendakwa kedua-dua negeri itu sebagai fix deposit mereka.

Memang BN melantik ramai MP dari Sabah dan Sarawak sebagai menteri dan timbalan menteri. Namun tidak banyak pembangunan dilaksanakan di kedua-dua negeri itu, termasuk di kawasan MP yang menjadi menteri dan timbalan menteri.

Sebagai contoh, pergilah ke kawasan Kimanis, kawasan parlimen Menteri Luar Malaysia. Kawasan itu masih mundur dari segi pembangunan dan pengangkutan jalan raya.

Demikian juga kawasan Papar, kawasan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Bandar ini hanya terletak kurang 50km dari ibu negeri Kota Kinabalu, namun hanya terdapat jalan raya kampung menghubungkan bandar itu dengan ibu negeri.

Pergi pula ke kawasan-kawasan lain, lebih kurang begitu juga. Soalnya, sempat lagikah BN hendak melaksanakan pembangunan sebelum Parlimen dibubarkan pada Mac tahun hadapan? Mengapa BN mensia-siakan masa selama lima tahun (2008 - 2013)?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...