06 November 2012

Panas ! Tak Banyak Gaji Nazmi Cuma RM300K Sebulan !!!


Hijrah Kelas: Safee Sali perintis


Penyerang kebangsaan Mohd Safee Mohd Sali

KEPUTUSAN Safee Sali berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya, tahun lalu, bagaikan membuka langkah untuk pemain negara ini bermain secara profesional di luar Malaysia.

Biarpun mulanya dipandang sinis sebahagian pemerhati yang melihat usaha Safee sebagai terkebelakang kerana memilih negara jiran yang mutu permainannya tidak jauh berbeza berbanding liga tempatan.

Tetapi, jangan kita silap kerana beraksi dengan liga luar mampu meningkatkan daya permainan di samping berdepan pemain bertaraf bintang, sekali gus menyuntik semangat motivasi tambahan buat pemain.

Selain Safee, pemain berbakat Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor pula berkelana ke Liga Portugal, SC Beira-Mar selepas memperagakan kualiti berkelas dunia ketika beraksi di Liga Singapura, musim ini.

Dengan nilai gaji purata RM300,000 sebulan, maka tidak hairanlah Nazmi memilih untuk mengembangkan sayap di luar negara
.

Nadi pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim yang mengakui menerima lamaran kelab dari Emiriah Arab Bersatu, Croatia dan Bosnia kini sah sertai gergasi selatan tanah air, Johor dengan bayaran gaji kira-kira RM 50,000 sebulan.

Untuk maklumat, sebenarnya ramai pemain kita yang bermain di liga luar, termasuk bermastautin di sana umpamanya, Titus James Pallani, Nicholas Chan, Tadashi Takeda (kelahiran Pulau Pinang) dan Tam Sheang Tsung serta Shaun Maloney.

Pemain muda asal Selangor, Muhd Ariff Zulkifly kini berada di Wellington, New Zealand sedang berlatih bersama Academy Bola Sepak Ole’, Porirua.

Ariff adalah bekas kapten pasukan Presiden Selangor dan pernah bermain untuk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Harimau Muda B.

Anak muda Malaysia di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal atau digelar sebagai ” The Malaysian Wonderkid ” kini masih berada di Illinois dan bermain di kelab-kelab tempatan. Tam

Sheang Tsung kemungkinan masih berada bersama Academy Sagan Tosu di Jepun manakala status Ash Hameed, yang pernah menyarung jersey Academy QPR pada 2010 tidak diketahui dan juga Titus James Palani yang kini masih berada di France.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...