04 November 2012

Panas ! Rekod BN Perintah Kedah.. Gred A++....Tapi Pasai Apa 2008 Rakyat Tolak...

Catatan kejayaan BN Kedah yang diwariskan kepada Pakatan Rakyat


Senarai projek di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ‘pikul biawak hidup’ akibat onar yang dibuat kerajaan BN dahulu

1) Yayasan Islam disaman RM11 juta

Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.

YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) bertanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Maka Syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad pun menyaman YIKed RM11 juta dan mereka berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

KESIMPULANYA BAHASA MUDAH KES TIPU DAN BAHLOL.........

2) Kehilangan RM6.15 juta projek udang Kerpan

Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun.
Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. KASB tidak dibayar satu sen pun keuntungan. Rupanya duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Inilah baru penyelewengan namanya dan polis mesti siasat ke mana perginya duit itu. Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta. Nama kerajaan negeri Kedah tercalar dalam laporan Audit 2011, sedangkan ia adalah angkara ‘pencuri’ yang bermaharajalela dalam kerajaan terdahulu.

SAMBUNG LAGI DISINI

1 ulasan:

Yg Bencikan Kemungkaran berkata...

Kerajaan zaman BN memang bodoh n bangang disamping mengamalkan amalan rasuah.. sepatutnya kena berterima kasih kepada kerajaan Kedah skrg dibawah pentadbiran Ustaz Azizan dalam menyelesaikan segala masalah yang ditinggalkan oleh pembelot bangsa, agama dan negara (Kerajaan BN Kedah). UMNO khususnya BN perlu sedar, rakyat kini telah sedar dan mula bangkit menolak pemerintahan BN yang terlalu korupsi. Sedarlah ahli UMNO, berpaling tadah lah kamu dari perjuangan sia-sia mulai dari sekarang agar kelak kamu tidak tenggelam di lembah durjana bersama perjuangan, pemimpin dan parti UMNO yang sia-sia. Adakah anda tahu, rakan seperjuangan anda iaitu parti-parti komponen lain seperti MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain akan meninggalkan anda semua apabila UMNO tidak lagi mampu bernafas di bumi Malaysia tercinta ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...