01 November 2012

Panas ! Mengapa MP BN Setuju Tangguh AES Terbongkar....

Ahli Parlimen BN setuju tangguh AES sebab tembelang kerajaan pecah

KUALA LUMPUR 1 November: Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Ini adalah hasil tekanan kita (Pakatan Rakyat) yang mendesak pembatalan AES kerana memberi keuntungan kepada kroni. Akibatnya mereka rasa bahang kepanasan itu dan tembelang semakin terbongkar. Itulah menyebabkan mereka beramai-ramai setuju untuk tangguhkan,”
katanya kepada Keadilan Daily.


Semalam, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menangguhkan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta had laju praktikal sesebuah kawasan.

“Jelas, kerajaan tidak konsisten, sebelum ini cakap AES bertujuan untuk keselamatan rakyat. Kalau betul mementingkan keselamatan rakyat, kenapa boleh berubah keputusan?” soal Azan.

“Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.


Sebelum ini, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pada saat nak PRU kenapa BN buat kebijakan yang tidak populer dan justru merugikan kredibiliti BN dimata rakyat,kes AES,selundup wang,pamer kekayaan keluarga menteri,dan banyak kes yang sangat sangat merugikan BN.Saya kasian kat PM Ds Najib.susah payah kempen sana sini hari hari hingga tugas PM dikalahkan ngan tugas presiden umno,tetapi para pembantu beliau takdepun yang nampak elok dan menyokong perjuangan beliau untk mempertahankan Bn dalam politik malaysia,ramai menteri tersangkut kes hingga PM harus selalu cover,kedua pakatan dah mulai sisuport oleh orang BN yang kecewa kerena tak dapat keadilan ekonomi ato berebut pampasan harta negara,sekarang ini kita cuma berharap timbulnya kelompok madani yang bersih dan intelektual yang nak berjuang untuk kemajuan bangsa dan negara.dulu orang luar negara tak tau kalo dalam negara malaysia ini ada konflik politik tapi sekarang ngan era informasi takde sepadan ini semua negara asean dan asia dan tau benda neh.mudah mudahan jangan terjadi macam negara negara timur tengah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...