06 Mei 2012

PASCA BERSIH 3.0 : NAJIB KIAN MENGGELABAH!

Bersih 3.0: Najib menggelabah


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat sudah dalam keadaan menggelabah dan bercakap di luar kotak pemikiran yang waras apabila berhadapan dengan gelombang ratusan ribu rakyat yang menolak sistem pilihan raya umum yang kotor sekali gus menolak kepimpinan beliau.

Selepas seminggu Himpunan Bersih 3.0, beliau memberi reaksi dan komen dengan melemparkan pelbagai tohmahan yang melucukan terhadap rakyat yang telah berhimpun dan ulasan beliau sebenarnya telah meranapkan nama baiknya kalau masih ada dengan menuduh rakyat mahu melakukan rampasan kuasa ala revolusi dengan menakluk Dataran Merdeka untuk mengguling kerajaan.

Terlalu lambat beliau bercakap mengenai tuduhan yang dilemparkan dan respons ini telah menyerlahkan dirinya yang gagal menilai kemahuan serta keinginan rakyat yang sebenarnya.

Tsunami politik 2008 adalah sebaik-baik pengajaran yang boleh diambil BN untuk mereka berubah. Malangnya ia dipersiakan dan dibuang begitu sahaja, tidakkah Najib sedar bahawa ramai pemimpin BN sendiri ada yang telah keluar meninggalkan BN kerana kepincangan Umno dan BN itu sendiri.

Penyelewengan dalam pentadbiran negara oleh BN antara penyebab parti ini semakin lesu menunggu rebah termasuklah isu-isu yang gagal mencapai kata sepakat seperti pemansuhan ISA, mereka (Najib dan juga Hishammuddin) tidak sependapat sama ada mansuh ataupun tidak.

Begitu juga isu hudud, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sehingga mengugut untuk keluar BN jika Umno laksana undang-undang tersebut di Malaysia sehingga menyebabkan Najib Razak mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dari lidah seorang Muslim bahawa BN tidak akan laksana hudud atas alasan realiti semasa dan amat menyedihkan apabila Menteri yang menjaga portfolio agama di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya mengambil sikap membisu dalam isu perkara pokok agama Islam ini.

Najib seboleh-bolehnya ingin menegakkan benang yang basah dengan menyatakan bahawa parti BN sedang berada di tahap yang mantap, kukuh dan ada sokongan padu.

Hakikat parti Umno BN sedang berpecah dari dalam tidak dapat dinafikan lagi, retak dari dalamnya terlalu banyak, kerja-kerja baik pulih parti terlalu banyak sehingga didengari oleh orang luar, begitulah perumpaman yang dapat digambarkan keadaan semasa Umno.

Rakyat tidak boleh memberi peluang lagi kepada parti Umno BN yang lemah mentadbir Malaysia kerana kesanya negara dan rakyat akan semakin mundur. Pilihan Raya Umum ke-13 adalah detik untuk beri peluang kepada Pakatan Rakyat meneraju pentadbiran Negara, berdasarkan rekod di empat negeri selama empat tahun selayaknya PR diberi peluang sebagai Kerajaan negeri dan Pusat.


Drs. Khallil Idham Lim

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...