18 Mei 2012

DILEMA: TUANKU AZIZ BUAT U-TURN


Beliau telah memilih untuk meninggalkan DAP. Beliau kini melihat kerajaan BN berada di landasan yang betul. Kini kerajaan BN disifatkannya sebagai pemerintah yang mendengar pandangan rakyat, dan justeru, perlu diberi peluang.



“Sejak tahun 2008 rakyat Malaysia sudah mula menyuarakan rintihan mereka. Pada 9 Julai tahun lepas (2011), rakyat telah bangkit dengan aman untuk mencabar kerajaan yang tamak kuasa dan rasuah.”

Itulah kata-kata Senator Tunku Aziz Ibrahim di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di pada 14 Januari 2012; hanya empat bulan yang lalu.

Itulah Tunku Aziz yang dikenali ramai sebagai tokoh integriti yang tidak kenal penat dalam menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Malah, atas pendirian itu juga, beliau menyertai DAP selepas pilihan raya umum 2008.

Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, dan kemudian menjadi Senator pertama untuk DAP mewakili negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Selamatkan negara daripada gejala rasuah “Pada hari ini, tanah air kita perlu diselamatkan daripada gejala rasuah, korupsi dan penyelewengan amanah awam.”

Sekali lagi Tunku Aziz mengulangi pendiriannya yang tidak pernah goyang sejak berpuluh tahun menjadi pejuang anti-rasuah, termasuk menjadi pengasas Transparency International Malaysia.


Dari kata-kata beliau sendiri sewaktu konvensyen Pakatan empat bulan lalu:

“Yang lebih mencemaskan, kaji selidik umum telah menunjukkan bahawa rakyat kebanyakan melihat pihak polis dan parti-parti politik sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara kita.

“Bagaimanakah sesebuah negara itu boleh berfungsi jika rakyatnya tidak mempunyai kepercayaan terhadap institusi-institusi yang sepatutnya melindungi dan menjaga mereka?”

Beliau menambah:

“Kerajaan BN tidak berminat untuk melakukan reformasi institusi. Sebaliknya, mereka sedang mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan yang sedia ada. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan yang akan datang untuk memulihkan institusi-institusi awam demi menyelamatkan negara kita.”

Rakyat perlu buat perubahan

Dalam satu majlis berbuka puasa anjuran DAP di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada Ogos 2011, Tunku Aziz dengan tegas menyatakan pendiriannya yang mahu rakyat membuat perubahan kerana kerajaan BN terlalu lama memerintah dan enggan melaksanakan perubahan atau reformasi.

“Saya percaya perubahan itu nantu akan menjadi satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat.”

Selain berpidato dalam persidangan serta di Dewan Negara, Tunku Aziz juga seorang penulis yang tajam pemerhatian dan kritikan beliau. Dalam tulisan bahasa Inggeris untuk The Malaysian Insider pada 26 September 2009, beliau menulis:

“Kerajaan ‘pimpinan UMNO yang mencucuk hidung Barisan Nasional’ sentiasa lebih mementingkan rupa daripada isu. Bagi mereka demokrasi adalah produk yang anda boleh pilih dan ambil pada bila-bila masa yang anda suka, sama seperti membeli sekilo gula di kauntar pasaraya, sama seperti mereka membeli beribu-ribu undi pada setiap pemilihan parti.”

Sepanjang Tunku Aziz bersama DAP, beliau komited berjuang demi rakyat untuk mewujudkan demokrasi yang adil, bersih dan berpeluang saksama tanpa mengira gender, kaum dan agama.


Perjuangan perlu diteruskan

Kini itu semua hanya tinggal kenangan. Beliau telah memilih untuk meninggalkan DAP. Beliau kini melihat kerajaan BN berada di landasan yang betul. Kini kerajaan BN disifatkannya sebagai pemerintah yang mendengar pandangan rakyat, dan justeru, perlu diberi peluang.

Sahabat seperjuangannya Lim Kit Siang berharap Tunku Aziz akan sentiasa berjuang bersama walau sudah tidak bersama lagi kerana matlamat asasnya ialah mewujudkan Malaysia yang bersih yang berpegang kepada integriti, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang yang adil.

Dengan rasa sedih, Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP pula merakamkan penghargaan parti atas jasa Tunku Aziz selama empat tahun sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.

1 ulasan:

dahlan berkata...

Saya ikuti trend politik dari jauh khususnya dalam pembangkang dan telah membuat beberapa ketetapan yang pada fikiran saya ada asasnya. Pertama, dalam dunia poliitik kepada mereka yang tidak berjuang mengikut ideologi parti dan tidak mempunyai pendirian yang tetap akhirnya akan dijatuhkan samada dai sudut rasuah politik atau jawatan yang penting dalam kerajaan. Tapi kedua-duanya mempunyai kaitan dengan RASUAH.
Dalam DAP, saya tidak nampak langsung peranan Tunku Aziz dalam mengembangkan pengaruhnya dikalangan orang-orang Melayu.Lagi pun saya tidak nampak pengaruh beliau dalam DAP sendiri. beliau tidak ler berperanan dalam sebarang dasar atau boleh dikatakan tidak menonjolkan diri sangat dalam politik negara menerusi DAP. Orang-orang melayu berpenmgaruh seperti ASPAN ALIAS dan Dato ARIFF SABRI memasuki DAP atas asas mereka. Tunku Aziz pada satu masa dulu bergiat cergas dalam NGO yang ada kaitan dengan meenangani rasuah dalam negara tapi sampai satu masa beliau memilih untuk bergiat dalam DAP. Motif beliau tidak diketahui?? Tapi hari ini jelas, mereka yang menentang Kerajaan dapat peluang untuk meninggalkan parti mereka, saya tidak boleh kata perjuangan mereka sebab mereka TIDAK PERNAH BERJUANG.Tidak keterlanjuran kalau saya katakan mereka ini tidak tahu ERTI PERJUANGAN. Mereka dalam PAS dan, Parti Sosialist Rakyat Malaya ( PSRM )memang tahu dan mempunyai tahap tinggi dalam perjuangan mereka.
Saya nampak ada satu dua tokoh dalam pembangkang yang nampak aliran wang masuk dalam politik dari parti pemerintah. Kalau tidak direbut peluang keemasan kali ini PRU 13
( MOTHER OF ALL ELECTIONS) mereka akan terlepas peluang ini. So,istilah yang tepat,'hit the rod while it's
still hot' memang tepat disini. Usah nafi, 'saya bukan katak' tapi lebih baik jadi jutawan dan menunggu jawatan penting disaat tiba segera sebelum terlepas peluang. Kalau duduk dalam pembangkang lama-lama tanpa masa depan yang cerah tidak ada guna. Oleh itu, rebut ler peluang yang diberi. Itu ler manusia yang sanggup jadi 'JALANG POLITIK'.Jadi kepada mereka yang sekian lama dalam pembangkang dan sekarang ini menunjukkan minat terhadap TRANSFORMASI kerajaan dan juga MAHU TRANSFORM diri sendiri, ini ler peluang tanpa digelar katak. Tak payah masuk parti cuma sokong SEGALA TRANSFORMASI yang berjalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...