19 Mei 2012

KASTA-KASTA BLOGGER AMNO...BERPERANG SAKAN!!!

Gua ronda-ronda blog Amno-apco...untuk monitar berita mereka....rupanya tengah berperang sakan?


Hai... apa nak jadi la... Perang antara blogger Elit dengan blogger jalanan masih belum reda... Jika semalam Papa Gomo di dalam blog beliau menyelar sikap kalangan bloggger UMB yang menyerang peribadinya... Malah Papa Gomo mempersoalkan mengapa hanya blogger UMB sahaja yang menyerang beliau, mengapa blogger lain tidak??


eXception tak tahu nak cakap apa... Cuma eXception mintak kalau korang nak gaduh pun, jangan gaduh dalam blog laa... Pergi settle kat luar apa yang tak puas hati... Nak kasi bengkak muka ke... Nak kasi hilang gigi ke... Tak kisah... Janji jangan di bawak pertelagahan ni ke dalam blog... Blogger Pakatan Rakyat tengok, diorang pakat gelak...

Untuk apa perlu ada beza dan permusuhan antara blogger jalanan dengan blogger elit?? Bukankah kita punya matlamat yang sama?? Kita nak pertahankan Barisan Nasional... Bukan nak pertahankan siapa lebih otai atau siapa lebih elit?? eXception juga minta blogger UMB sekelian hentikan pertelagahan ni... Tidak ada untung... Sepatutnya kita perlu UNITE... Kita tak perlu ada sistem kasta dalam dunia blogging ni... Kau blogger jalanan... Kau boleh pergi jahanam... Aku blogger elit... Aku boleh buat apa yang aku suka... Takkan la nak jadi macam ni... Come on laa...!! Kita dah dewasa, bukan budak-budak sekolah rendah lagi...

Shame on you!! Orang lain tengok pakat gelak... Pilihanraya Umum ke 13 makin hampir, tapi kita masih dok bertekak... Masih nak menentukan siapa lebih bagus... Mana lebih handal... Mana lebih hebat... Mana lebih otai...

eXception tak memihak pada mana-mana pihak, baik Papa Gomo, baik UMB... eXception minta korang nak gaduh-gaduh sekalipun jangan gaduh dalam blog... Pergi gaduh kat luar sana... Nak bawak parang ke, kayu ke, pistol ke... Lantak korang...

DARI SUMBER EXCEPTION

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...