14 Mac 2012

Kerajaan didesak audit RM1.92 bilion -BR1M

KUALA LUMPUR - Pembangkang menggesa kerajaan mengaudit RM1.92 bilion yang dibelanjakan untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana jumlah itu telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen iaitu RM1.8 bilion.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, rakyat berhak untuk mengetahui sumber peruntukan tambahan itu kerana ia tidak dibincangkan atau diluluskan dalam Kabinet.

“Jumlah dibenarkan mengikut kelulusan Bajet 2012 untuk tujuan BR1M hanya terhad kepada RM1.8 bilion sahaja. Ini dibuat dalam ucapan dan buku pembentangan Bajet 2012 yang diluluskan BR1M.

“Tetapi, tadi (semalam) Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak umum setakat ini jumlah dibelanjakan untuk BR1M ialah RM1.92 bilion melibatkan 3.5 juta isi rumah. Angka ini lebih besar daripada jumlah asal,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau menegaskan, kerajaan telah melanggar kelulusan yang ditetapkan Parlimen sekiranya persidangan kali ini tamat tanpa mengemukakan bajet tambahan.

“Setakat ini tiada audit yang telus untuk jelaskan siapa yang dapat, berapa ramai dan jumlah dana yg benar-benar disampaikan ke tangan rakyat,” katanya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...