15 Mac 2012

GABUNGAN MAS AIR ASIA MEMBUNUH MAS DAN FIREFLY


Pertukaran saham MAS-AirAsia gagal, CIMB perlu pulangkan yuran

KUALA LUMPUR 15 Mac: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mendesak agar yuran yang dibayar kepada CIMB Bank sewaktu menjadi pihak tengah pertukaran saham MAS-AirAsia dituntut kembali kerana urusniaga itu terbukti gagal.

“Yuran nasihat yang dibayar kepada GLC yang memudahcara urusniaga tersebut – CIMB Bank – perlu dituntut semula kerana urusniaga itu jelas gagal sama sekali.“Dalam masa kurang daripada enam bulan selepas urusniaga itu MAS dilaporkan mengalami kerugian yang besar,” kata Jawatankuasa itu yang terdiri daripada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
9 Ogos lalu, Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.

CIMB Bank merupakan pihak tengah yang mengaturkan pertukaran saham di antara dua gergasi penerbangan negara itu.Hujung Februari lalu pula, Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan syarikat berkaitan kerajaan itu rugi bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan 2011.
Bagi tempoh suku keempat pula, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, dengan hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Berdasarkan spekulasi semasa, menurut jawatankuasa itu, terdapat kemungkinan Perdana Menteri Najib akan mengarahkan Khazanah untuk membeli semula saham MAS yang telah ditukar dengan Tune Air.“Merujuk perkembangan ini, kami berharap Khazanah tidak akan bertindak menyelamatkan Tune Air.

“Mengambil kira fakta bahawa MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011, kerugian paling besar dalam sejarah, Khazanah hanya perlu membeli semula saham tersebut pada harga yang lebih rendah bersesuaian dengan prestasi buruk MAS selepas urusniaga itu dimeterai,” kata jawatankuasa itu.

Sejak pertukaran saham itu berlaku juga, menurut mereka, banyak laluan penerbangan dikurangkan dan kebanyakannya melibatkan MAS.Ia juga membunuh Firefly (syarikat penerbangan murah MAS) yang merupakan pesaing terdekat kepada AirAsia selama ini.

“Jelas, ini adalah satu sikap anti-persaingan yang ditunjukkan MAS-AirAsia. Ketua Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes dan Timbalannya, Kamarudin Meranun yang menyertai Lembaga Pengarah MAS hanya memastikan kepentingan MAS terpelihara dan pengguna AirAsia diketepikan,” kata mereka.
Perkara ini, kata jawatankuasa itu mengesahkan unjuran Refsa (Research for Social Advancement) yang dibuat sekitar Ogos 2011.

Refsa mengunjurkan bahawa pertukaran saham itu akan menyebabkan kurangnya kekerapan penerbangan, kekurangan prospek kerja untuk kakitangan syarikat penerbangan, dan kurangnya peluang untuk berhubung sesama rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...