28 November 2011

RAKYAT SELANGOR MINTA SYABAS DIBUBARKAN!

Rakyat prihatin Selangor

Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.

Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?

Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros.

Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.

KOMEN: SYABAS SYARIKAT KRONI= KILANG PEMERAHAN RINGGIT DARI ASET & PENGURUSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR tapi dengan PR mampu memberi RM200 juta setahun AIR kepada RAKYAT SELANGOR

3 ulasan:

satu malaysia berkata...

Anda membuat andaian mengikut kata hati. Pernahkah anda membaca laporan teknikal SYABAS mengenai operasi dan kualiti air dirawat? Jika tak pernah baca, pergilah cari maklumat itu. Saya pasti anda akan malu sendiri dengan kenyataan yang anda tulis itu. Untuk langkah awal, sebaiknya anda mengikuti kursus kewartawanan sebelum menulis. Blogger tak berilmu memang ramai dan anda janganlah menjadi sebahagian dari mereka.

peneroka minda berkata...

Hapuskan SYABAS??? Boleh juga TETAPI kena hapuskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga sebab mereka memiliki 30 peratus saham SYABAS. Jatuh bangun bisnes kenalah bersama-sama. Bukankah begitu adat berniaga? Weiii bloger. Meh sini ikut saya lawan FELDA. Untuk orang Melayu juga.

peneroka minda berkata...

SYABAS syarikat kroni? KEDB tu syarikat apa? PKNS sekarang dah jadi syarikat apa? Bukan ke KRONI juga. Di Penang tu projek2 untuk sapa? Bukan ke kroni juga. Blogger bangang toksah la tunjuk bangang dengan buat 'cut and paste' lepas tu komen standard tadika. Tau la anda dibayar secukupnya untuk menjaga PR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...