14 Oktober 2011

SKANDAL TELEKOM : India dakwa bekas menteri pilih kasih terima RM351 juta, Maxis nafi

India dakwa bekas menteri pilih kasih terima RM351 juta, Maxis nafi


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Polis India mendakwa pembelian saham oleh Astro, yang kadarnya “dinaikkan terlalu tinggi”, dalam Sun Direct TV telah membawa kepada pemberian ganjaran secara tidak sah RM351 juta kepada bekas menteri telekomunikasi negara itu Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi.

Biro Siasatan Pusat (CBI) India berkata menteri itu telah menafikan pengurniaan tujuh lesen dan kemudahan-kemudahan kepada Aircel, sekali gus memaksa pemiliknya C. Sivasankaran menjual 74 peratus pegangan kepada syarikat telekomunikasi Maxis.

Bagaimanapun The Star hari melaporkan Maxis dan Astro, yang dikuasai orang kaya T. Ananda Krishnan (picture), telah menghantar surat kepada CBI menafikan dakwaan-dakwaan itu.

Astro berkata ia telah mengadakan kerjasama dengan syarikat penyiaran satelit itu sejak 1996.

Sebaliknya, ia juga berkata pembelian 20 peratus pegangan dalam Sun TV daripada Kalanithi disyorkan pada Mac 2005, hanya beberapa bulan sebelum Maxis menunjukkan minat untuk memiliki Aircel.

Laporan akhbar The Hindu dari India hari ini menyebut CBI menuduh Dayanidhi telah “menyalahgunakan kedudukan rasmi” selepas dengan sengaja melengah-lengahkan dan menafikan permintaan yang sah Dishnet DSL (Aircel), dengan membuka laluan kepada Maxis bagi memiliki Aircel Televentures daripada Sivasankaran.

“Siasatan juga menunjukkan bahawa Dayanidhi dan Kalanithi, selain sebagai adik-beradik, juga mempunyai hubungan bisnes bagi tempoh yang lama,” kata akhbar itu.

CBI berkata selepas “perubahan pemilikan kepada Maxis Communications... pilih kasih tidak patut... telah (dilakukan) dengan pertimbangan ‘mala fide’.”

“Ganjaran tidak sah Rs549,96,01,793 telah diterima sebagai ‘quid pro quo’ menerusi adiknya Kalanithi dalam premium saham yang dilaburkan dalam Sun Direct TV oleh South Asia Entertainment Holdings (milik penuh subsidiari Astro All Asia Networks Plc),” katanya.

Awal minggu ini pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap Ananda Krishnan tiga yang lain termasuk bekas menteri telekomunikasi itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

CBI telah mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik itu di New Delhi dan Chennai.

Sivasankaran mendakwa Dayanidhi ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.-TMI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...