11 Oktober 2011

40,000 PELANCUNG KE THAILAND WALAUPUN BANJIR KRITIKAL


Banjir: Thailand tidak isytihar darurat

BANGKOK: Kerajaan Thailand tidak akan mengisytiharkan perintah darurat meskipun negara Gajah Putih ini sedang menghadapi banjir besar, yang terburuk dalam dua dekad ini, kata Menteri Kehakiman Jen Pol Pracha Promnok hari ini.

Pracha, yang juga Pengarah Pusat Kawalan Banjir berkata, tiada keperluan untuk kerajaan berbuat demikian sebagaimana dicadangkan pembangkang kerana kerajaan boleh menguruskan keadaan itu.
Kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat mingguannya, yang kali ini diadakan di Lapangan Terbang Don Mueang, di sini, yang bakal dijadikan Pusat Operasi Bantuan Banjir, katanya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet.

Menteri Pelancongan dan Sukan Chumpol Silpa-archa berkata, Kabinet memutuskan untuk tidak mengisytiharkan perintah darurat kerana tidak mahu menimbulkan suasana panik di kalangan pelancong asing.

Beliau berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi mencatatkan ketibaan kira-kira 40,000 pelancong pada setiap hari pada masa ini meskipun banjir sedang melanda Thailand.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...