15 Oktober 2011

CBI failkan kes keatas Astro, Sun Direct TV dan Maxis di bawah jenayah konspirasi dan Akta Membanteras Rasuah.

CBI panggil Ananda Krishnan


NEW DELHI - Biro Siasatan Pusat (CBI) India membayangkan akan memanggil pemilik sebuah syarikat telekomunikasi dari Malaysia, T. Ananda Krishnan (gambar) untuk disoal siasat berhubung kaitannya dalam penjualan Aircel kepada syarikat Maxis Communications Bhd. (Maxis) yang mencetuskan kontroversi.

CBI turut akan memanggil Pengarah Astro All Asia Networks, Ralph Marshall, Pengarah SUN Direct TV, Kalanithi Maran dan bekas Menteri Komunikasi, Dayanidhi Maran berhubung kes itu.

Setakat ini, agensi itu telah menyoal siasat Marshall, Pengarah Eksekutif Hospital Apollo, Suneeta Reddy dan adik-beradik Maran, dan Ananda juga perlu disoal siasat, menurut satu sumbar CBI.

Agensi itu telah memfailkan kes ke atas adik-beradik Maran, Ananda, Marshall dan tiga lagi syarikat iaitu Astro All Asia Networks, Sun Direct TV dan Maxis di bawah jenayah konspirasi dan Akta Membanteras Rasuah.

Pada Isnin lalu, CBI mula melakukan pencarian di premis adik-beradik Maran di Delhi dan Chennai serta di kediaman Suneeta di Hyderabad.

Bekas ketua Aircel, C. Sivasankaran menuduh Dayanidhi yang ketika itu Menteri Komunikasi mahu kumpulan Maxis mengambil alih syarikat tersebut dan sebagai ganjarannya, pelaburan akan dibuat oleh syarikat itu melalui Astro di Sun TV milik keluarga Maran.

Sumber di CBI mendakwa, siasatan yang dijalankan mendapati wujud ganjaran balasan kepada Dayanidhi dalam pembelian Aircel.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...