01 April 2009

Najib tak layak.....


INI KEADAAN SEBENAR26,224 HILANG PEKERJAAN

Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan hari ini.Utusan Malaysia 31 Mac 2009

KADAR PENGANGGURAN MENINGKAT

Pasaran pekerjaan dijangka terus merosot di Malaysia dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus pada tahun lalu.Utusan Malaysia 26 Mac 2009

PASARAN HILANG RM300B

Pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari tahun lalu ekoran kesan daripada masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula awal 2008 dan seterusnya merebak menjadi krisis kewangan global.Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Majid berkata, kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) di bawah paras 900 mata kini adalah antara penunjuk utama yang pertama ketika itu menandakan Malaysia mula menerima tempias daripada kemelut kewangan kuasa ekonomi dunia itu.Utusan Malaysia 2 Feb 2009

TAPI NAJIB KATA LAINMERUDUM: KITA SELAMAT

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa negara mempunyai kekuatan dalaman untuk mengharungi krisis pasaran kewangan global yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS).Utusan Malaysia 29 Sep 2008

KESAN KRISIS EKONOMI TIDAK SETERUK NEGARA LAIN

Kesan krisis ekonomi dunia ke atas Malaysia yang dijangka mula dirasai tahun depan tidak akan seteruk negara-negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Utusan Malaysia 16 Okt 2008

Posted by Anti Najib

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...