30 Mac 2009



Orang lama PKR Jerai lawan Manikumar di Bkt Selambau
Mar 30, 09 12:43pm -malaysiakini

PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.
Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya. Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.
Anee ni buat hal pulak , rupanya gila nak jadi calon...ikutsuka luu janji luu bahagia.Apa2 halpun teman nasihatkan...ko potong rambut tu dulu...baru boleh jadi calon.!!Berapa lu dapat bro?Ustaz Azizan dah cakap...sapa2 calon bebas yang masuk PKR lepas ni...jangan haraplah nak jadi exco...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...