03 April 2009

EDISI SELONGKAK




EDISI SELONGKAK - A.JAYAGOPAL
oleh:Warek@ganal

Calon bebas DUN Bukit Selambau, A Jayagopal mendakwa beliau masih lagi ahli PKR dan belum dipecat dari parti itu.Jayagopal berkata, beliau hanya digantung keahlian dan bukannya dipecat seperti dalam kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali semalam.‘Mana pecat, surat pun tidak ada. Saya hanya digantung sahaja sejak setahun lalu," katanya ketika menghubungi Malaysiakini hari ini.Jayagopal mendakwa seorang lagi calon bebas, S Arumugam juga merupakan ahli PKR bahagian Merbok.

Menurut Jayagpopal, PKR menggantung keahliannya kerana membawa parti ke mahkamah dalam isu pembatalan bahagian Pokok Sena pada 2007.sementara itu, Jayagopal berkata, beliau akan membawa Zamri ke mahkamah kerana mendakwa beliau bukan ahli PKR Pokok Sena yang dijadikan alasan untuk membubarkan bahagian tersebut pada 2007."Sedangkan saya yang menubuhkan bahagian Pokok Sena pada 1999," katanya.

Dia ini kalau sembang dengannya memang hebat tentu anda terpengaruh, beliau seorang pejuang yang berperinsip tapi setahunya beliau tidak dapat membentuk jawatankuasa bahagian semasa peringkat penaja kerana tidak cukup korum dan dimaklumkan banyak masalah dengan AJK lain. Tapi mungkin juga tiada tindakan susulan dari negeri agaknya. daripada pengakuan beliau yakin akan memberi tentangan kepada calon PR & BN dan beliau sehingga kini mendapat 40% sokongan dari pengundi Bukit Selambau.

Tapi rasanya dia hilang wang deposit kerana bukan mudah tanpa jentera dan wang yang cukup bagi menarik sokongan pengundi...diani cita-cita tinggi mungkin beliau perlu fikirkan untuk menarik diri tak silap pada hari penamaan calon beliau dengan pencadang dan penyokong calon tanpa sokongan dari pengundi beliau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...