04 April 2009

Kata Najib Ekonomi Malaysia Tidak Terjejas?

Dua haribulan , Malaysia telah mendapat Perdana Menteri Malaysia yang baru. Perdana Menteri yang kononnya akan membawa perubahan kepada Malaysia keseluruhannya? Najib yang juga Menteri Kewangan telah beberapa kali menegaskan bahawa ekonomi Malaysia langsung tidak terjejas dengan keadaan gawat ekonomi global masa kini. Hebat Malaysia ini, orang lain semua terasa kesan kegawatan kecuali Malaysia.


Tapi langit tidak selalu cerah. Mungkin sebulan dua lepas kesan ekonomi di Malaysia dapat dibendung. Tapi kini kesannya semakin terasa hari demi hari. Kesannya CIMB kepunyaan adik Najib iaitu Nazir juga tidak terlepas darinya.

Sumber : Berita Hairan

CIMB Group tawar pekerja ambil cuti tanpa gaji

'Program Nafas Baru Kakitangan' alternatif langkah henti kerja

CIMB Group menawarkan pakej cuti tanpa gaji antara satu hingga enam bulan kepada 36,000 kakitangannya sebagai antara pendekatan mengurangkan kos di tengah kegawatan ekonomi global. Pakej dikenali sebagai 'Program Nafas Baru Kakitangan' yang dilihat sebagai alternatif kepada langkah pemberhentian pekerja itu akan ditawarkan bermula esok kepada semua peringkat kakitangan di semua cawangan dan anak syarikatnya di tujuh negara.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Nazir Razak, berkata memorandum tawaran itu dihantar kepada semua kakitangan kumpulan pada Rabu minggu lalu dan permohonan perlu mendapat kelulusan ketua jabatan masing-masing.

"Dalam persekitaran ekonomi semasa yang perlahan, kami sentiasa mencari jalan. Pertamanya, untuk mengurangkan kos buat sementara dan keduanya, ia memberi peluang kepada kakitangan untuk 'berehat dan menyegarkan' diri masing-masing.

Biar apapun istilahnya, ia akan membawa kepada kerisauan kepada lebih 36,000 pekerjanya. Tidak kira samada berehat atau menyegarkan diri yang pastinya tidur malam mereka akan tidak lena. Sudah pastinya bukan CIMB sahaja yang telah merasai gelombang kegawatan kali ini tetapi juga bank-bank yang lain. Apa pula kata Najib selepas ini? Malaysia masih tak gawat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...