04 April 2009

2000 bekas PPP sertai KeADILan di Bukit Selambau

Oleh Anna Yusof

BUKIT SELAMBAU, 3 April (SK): Seramai 2000 bekas ahli People’s Progressive Party (PPP) cawangan Bukit Selambau akan menyerahkan borang keahlian Kepada KeADILan dan seterusnya menutup sebelas bahagian cawangannya di sini.

Kesemua borang keahlian ini akan diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah beliau di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang, Sungai Petani pada jam 8 malam esok.

Acara meriah ini dijangakan akan menyemarakkan semangat penyokong dan pengundi atas pagar serta menawan kembali 1,600 kertas undi yang rosak pada pilihanraya ke-12 tahun lalu akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

“Mereka harus menyatakan sokongan kepada Pekatan Rakyat jika mahu suara mereka didengar di Dewan Undangan Negeri Kedah ini dan tindakan bijak untuk memihak kepada Pakatan Rakyat kerana negeri ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Pilihanraya Dun N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli kepada Suara Keadilan.

“Sokongan tidak berbelah bagi oleh pengundi dan keahlian baru KeADILan di Bukit Selambau ini akan meningkat peratusan yang baik dan menggalakan kepada Pakatan Raykat,” kata Saiful lagi.

“Slogan yang dibawa BN ‘Mohon Restu Rakyat’ telah dijadikan bahan tertawa penduduk Bukit Selambau bila isu kes pembunuhan wanita Monggolia dan rasuah politik wang sesama mereka seperti kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan kekalahan Mukhris Mahathir dalam pemilihan majlis tertinggi Umno akibat politik wang dan ketidaktelusan pemimpin BN dalam menangani rasuah,” jelas Saiful

“Rakyat Bukit Selambau kini tadak boleh dipermainkan dengan sentimen untuk merestui segala permainan kotor BN yang semata-mata mahukan kemenangan namun tidak akan mendengar kesusahan rakyat di sini,” tambah beliau lagi.

Menurut Saiful, peratusan peyokong Pakatan Rakyat telah meningkat dengan mendadak bila ramaipemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat iaitu, Anwar Ibrahim, Murshidul Am Pas Nik Aziz dan Penasihat Dap Lim Kit Siang datang berceramah di kawasan Bukit Selambau.

“Jadual ceramah di adakan pada setiap malam di merata-rata tempat dalam kawasan Bukit Selambau dengan mengundang ahli pimpinan atasan Pakatan Rakyat termasuk Persiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,” kata Saiful.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Parti PKR mesti ada identiti.

Parti PKR mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pesaing kuat dan menonjol kepada UMNO dan BN. Kalau dalam BN, parti UMNO menjadi tonggak kepada BN maka parti PKR boleh menjadi parti tonggak dalam PR.
Malah dari segi beberapa sudut parti PKR mempunyai banyak kelebihan berbanding parti UMNO. Antaranya, parti PKR adalah parti yang membuka pintu keahliannya kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Sudah kelihatan, trend akan datang ini rakyat Negara kita tidak mahukan pemimpin-pemimpin Negara yang hanya melihat kepada permasalahan kaum mereka sahaja, sebaliknya mereka lebih senang kepada pemimpin yang melihat permasalahan rakyat Malaysia secara keseluruhan, bukan mengikut kaum.
Tidak hairanlah kalau DS Najib dalam ucapan sulungnya sebagai PM telah menganjurkan idea satu Malaysia. Tetapi ini tentulah sukar untuk dilakukan kerana beliau sendiri pun berada dalam parti yang berasaskan perjuangan kaum.
Oleh itu parti politik seperti parti PKR rasanya adalah lebih cucuk untuk membawa idea satu Malaysia ini kerana parti ini adalah parti yang memperjuangkan kehendak rakyat dan bukan berasaskan perjuangan kaum.
Apa yang perlu diusahakan oleh parti PKR sekarang ialah parti ini harus memperteguhkan jati diri dan identitinya.
Parti PKR tidak harus dilihat sebagai parti serpihan UMNO walaupun tidak dapat dinafikan ramai ahli-ahlinya terdiri dari bekas ahli UMNO.
Parti PKR mesti mengamalkan dan mendokong nilai-nilai universal yang baik dan mulia supaya dapat meyakinkan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama, untuk memberii sokongan kepadanya.
Nilai-nilai yang mulia yang utama yang wajib ada itu adalah seperti telus, bebas, adil, demokratik, meritokrasi, berpendirian, tidak rasuah, amanah, jujur , ikhlas dan perihatin.
Nilai-nilai lain yang perlu juga dipertimbangkan ialah seperti sifat sederhana, menghormati dan memahami sensitivity kaum dan agama, tidak bersifat melampau dan setiap permasalahan kaum dan agama hendaklah diselesaikan secara hikmah dan berdiplomasi.
Setiap kali melakukan pemilihan pemimpin, pilihan hendak diberikan kepada pemimpin yang boleh membawa dan memperjuangkan aspirasi dan nilai-nilai yang disebutkan di atas.
Berbanding parti PAS dan DAP yang selalu dilihat serong sebagai parti pelampau agama dan kaum, parti PKR telah menyediakan platform yang sangat baik dan sesuai untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Apa pun terpulanglah kepada ahli-ahli PKR dan pemimpin mereka untuk mencorakkan parti itu. Kalau buruk perangai mereka maka buruklah nama parti mereka. Walaubagaimana indah slogan dan moto sesuatu parti itu, akhirnya sikap ahli dan pemimpin parti itulah yang sebenarnya yang akan mencerminkan identiti sesuatu parti politik itu.

Tanpa Nama berkata...

all the righteous rakyat has nobody to count on now. so we can only count on ourselves. we must become the heroes ourselves. if we still believe in justice, truth & freedom.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...