13 Mac 2015

PANAS! BEKAS MENTERI UMNO DISAMAN SEBANYAK RM1.10 BILION, PECAH REKOD....

Hasil carian imej untuk DEEPAK KARPERT

Usahawan karpet Deepak saman Sabbaruddin Chik RM1.1 bilion, mahu henti pengedaran buku


Pengarang buku, Shahbudin Husin (kiri) bersama Tan Sri Sanusi Junid (tengah) dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, minggu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2015.Usahawan permaidani Deepak Jaikishan kini muncul kembali untuk menyaman Tan Sri Sabbaruddin Chik sebanyak RM1.1 bilion susulan buku bekas pengerusi Bank Rakyat itu yang menyentuh mengenai pinjaman bank Deepak yang pernah didakwa bertindak bagi pihak isteri perdana menteri.

Deepak juga memfailkan injunksi untuk menghentikan pengedaran buku Sabbaruddin, Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat, yang dilancarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu.

“Saya memfailkan tuntutan saman RM1.1 bilion terhadap mereka dan penyata tuntutan difailkan hari ini,” kata ahli perniagaan itu dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi emel kepada The Malaysian Insider, malam ini.

Menurut dokumen yang diberi kepada The Malaysian Insider, Deepak menghantar writ saman kepada Sabbaruddin pada Isnin.

Dalam permohonan injunksi secara ex-parte pada 6 Mac, Deepak menamakan Sabbaruddin dan pengarang buku Shahbudin Husin sebagai defendan. Injunksi itu difailkan menerusi Tetuan Leela A Sanghrajka and Associates.

Peniaga karpet itu memohon injunksi untuk menghentikan kedua-dua defendan daripada terus mencetak, menerbitkan, menghasilkan atau mengedar buku berkenaan yang memasukkan versi Sabbaruddin punca mendorongnya kehilangan jawatan pengerusi bank berkenaan pada Mei lalu.

Perkhidmatannya tidak disambung oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek selepas beliau enggan meluluskan pelan pembayaran semula pinjaman Deepak menggunakan 120 cek tertunda untuk 10 tahun.

Sabbaruddin berkata Bank Rakyat boleh kerugian RM14.6 juta – dalam bentuk pendapatan masa depan dan fi bayaran lewat – jika ia bersetuju dengan cadangan Deepak untuk membayar hutangnya menerusi cek tertunda.

Nama Deepak menjadi terkenal pada 2009, apabila dikaitkan dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam kes pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Popular digelar PI Bala, bekas anggota polis itu mendakwa Deepak adalah seorang daripada 2 individu yang memaksanya menarik balik akuan berkanun mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Seorang lagi ialah adik Najib.

Najib menafikan pernah mengenai Altantuya, yang dikenali sebagai teman wanita Abdul Razak Baginda, penganalisis politik yang juga rakan perdana menteri. Razak dibebaskan daripada tuduhan dalam pembunuhan itu sementara 2 anggota polis komando disabitkan bersalah dan kini menunggu hukuman gantung sampai mati atas kesalahan itu.

Deepak pernah membuat beberapa tuduhan terhadap Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor 3 tahun lalu tetapi lesap daripada pandangan awam sebelum pilihan raya umum pada 2013

- See more at: SINI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...