13 Mac 2015

AKHIRNYA PAS AKAN BERSATU DENGAN UMNO?


Lagi penjelasan berkenaan gambar semalam...

Muryidul Am PAS diiringi Latt Shariman Abdullah di Balai Polis Marin Putrajaya.

Sedikit cerita bab Latt Shariman ;
beliau ialah mantan Ketua UMNO Bhgn Kuala Kedah & calon BN di Kubang Rotan dlm PRU13. Beliau juga bekas Pegawai Khas PM Najib. ~Kedahlanie


Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno?


SUSUPAN PETANG


Mursyudul Am Pas yang baru.

Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dari rakan saya itu, perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am yang diumum semalam boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk meyegerakan agenda mempersatukan Pas dengan Umno yang sudah lama dirancagkan itu. Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Hasan Ali yang masih dalam Pas pada masa itu.

Walaupun perlantikan Dr Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.

Apabila perlantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Perlantikan itu yang diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno, Najib Razak tampak senang dan suka dengan perlantikan Haron Din itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.

Dengan mengingati pesanan arwah Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan Pas tentulah ianya ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Apakah pujian Najib itu membawa petaka itu?

Bagaimana pun sekiranya benar Dr Haron Din beriya mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas. [wm.kl.7:50 pm 12/03/15] ~MSO

5 ulasan:

Awanama berkata...

Alhamdulillah...allah taala tunjuk dgn jelas sifat manusia2 barua ni yg hidup mereka tiada lain selain mengfitnah, memutar belit, mencerca, menghina dan memalukan org2 yg allah taala beri ilmu agama, faham ilmu tersebut dan istiqomah. Pada barua2 ni..dosa pahala x penting lg krn hati sudah gelap. Janji dpt memenangkan pihak mereka walaupun dgn menggadai prinsip agama kalaupun ada. Adab x usah cerita la...tgk muka pun dh kenal adab mcmana..akhlak yg sepatutnya melambang pakaian mereka sebagai ahli parti yg menjunjung quran dan hadis hancur.
Berusaha keras mereka dgn usaha2 mereka memalukan, menghina, mengfitnah dan mengapi2kan kebencian terhadap org2 yg nabi pesan paling dkt dgn allah.

Hari ni mereka gah..tapi igt..esok lusa mereka akan tumbang juga. Waktu tu baru mereka sedar mereka tdk lah lain selain useful idiots kpd pkr dan dap. Mereka sangka mereka safe...kalah sini mereka blh ke sana nanti but then siapa nk ambil org yg sanggup khianat bapak sendiri. Terus leka dgn mainan dunia. Teruskan...kamu merancang..tapi allah juga merancang.

Malaysiabaru berkata...

Siapa pernah telan air jampi haram djin... Confirm masuk umnung...

Awanama berkata...

agen Bumno sekarang berkeliaran menyalak semenjak Allahyarham meninggal kita..

Kalau lanun yang zalim pun kita nak berbaik atas dasar melayu buang saja lah nama parti islam boh munafiqun pahtu pakai simbol kopiah kan lagi elok...cakap xserupa bikin!

Awanama berkata...

Agak2 yg terang ngaku nk jawatan tpm...menteri dan tim menteri tu....tu munafiqun apa tu? Cakap serupa bikin...

Awanama berkata...

PAS mengkhianati perjuangan almarhum ustaz fadzil nor dan almarhum tuan guru nik aziz jika bergabung dgn umno.

PAS bermimpi yg umno akn benarkan dirinya menghampiri org2 myu. Mereka lupa yg mrk ditendang keluar dr bn dulu krn cuba melebarkan pengaruh di felda.

Mmg bodoh laa PAS kalau biarkan diri digigit ular berbisa dlm lubang yg sama utk kedua kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...