20 Januari 2015

TERKINI : KEADAAN KESIHATAN MAP DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT !




Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada petang Selasa.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ayahnya dimasukkan ke ICU selepas dimasukkan ke hospital pada malam Isnin.

"Petang ini ayahanda (Nik Aziz) dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti yang saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.

"Saya insyaAllah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahnda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun Facebook milik Musryidul Am PAS itu pada petang Selasa.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau meminta semua pihak supaya mendoakan ayahnya agar kembali sihat.

"Doakan semoga ayahanda kembali sihat. Terima kasih," katanya lagi.

Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu ayahnya dalam situasi 'uzur biasa' dan bekas Menteri Besar Kelantan itu juga boleh menjalani aktiviti hariannya seperti berjalan dan membaca.

"Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda tidak solat di masjid kerana keletihan dan hanya berada di rumah dan melakukan aktiviti biasa seperti berjalan, membaca dan rehat," katanya.

Penjelasan itu sekaligus menafikan dakwaan tidak bertanggungjawab di media sosial sejak awal pagi Isnin bahawa Nik Abdul Aziz yang baharu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84 pada 10 Januari lalu berada dalam keadaan nazak. ~MSTAR



Nukilan Raja Shamri

datanglah ... ziarahilah dia selagi dia masih ada
kerana dia terlalu uzur ....
pengorbanannya terlalu besar ...
keujudannya satu sejarah

Lagendanya pasti tidakkan hilang
seorang tua yg penuh kasih sayang
tinggi ilmu agama dan tegas prinsipnya
dihormati rakan dan musuh
sumber rujukan pelbagai bangsa dan agama
pemimpin bersih tanpa gejala
menyatukan umat mendoakan sejahtera

Banjir membawa kita ke negeri ini
Ziarahilah dia sebelum pulang
Ketepikan perbezaan kerana syurga hanya satu

Tengoklah walau dari jauh
Kerana dia terlalu lemah untuk menyapa kita
Jadilah kita antara lipatan sejarah
antara manusia yg sempat menemuinya.

Ayahnda ...
Ku dengar pesan darimu yang kau ingin sangat menemuiku
Kau pernah pegang jari jemariku yang cacat
Dan kau katakan itu asbab syurga untukku
Kau pernah bincang kakiku yang kudung
Dan kau katakan akulah Abdullah Ibnu Mas'ud
Aku pernah memayungimu dan masih terngiang pesanmu
BANTULAH ... BANTULAH ...

Dr. Raja Shamri Raja Husin
Kota Jembal,Pulau Melaka
Kelantan.
20 Januari 2015

p/s : Doakanlah ... beliau di ICU sekarang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...