23 Januari 2015

PENJAWAT AWAM KENA TIPU RM45 JUTA, SAPA PUNYA KERJA?

KALAU PINJAM PINJAMAN KERAJAAN.... LAHKHANAT MANA YANG BAYAR 100% BAYARAN PADAHAL PROJEK ENTAH KEMANA ....KELAUT?.....



Azih (kiri) menunjukkan laporan yang diterima mengenai kes penipuan melibatkan kakitangan awam. - Foto Sinar Harian

 Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kes penipuan yang melibatkan kakitangan awam berjumlah RM45 juta.

Azih berkata, penipuan RM45 juta itu melibatkan pembelian rumah sebanyak 477 unit oleh kakitangan awam di Kelantan.

"Setiap pengguna harus berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Paling mengecewakan, penipuan melibatkan projek perumahan.

"Projek ini ada 477 unit rumah yang dibina pada tahun 2011 di mana pembelinya 100 peratus kakitangan kerajaan. Tetapi hari ini (2015), baru nak naik tiang sedangkan pembeli sudah bayar 90 peratus.

"Apa akan berlaku kalau semua tempat sama seperti ini? Gaji dipotong tapi rumah tidak boleh duduk.

"RM45 juta sudah dibayar, syarikat entah ke mana, dia bawa lari... Untuk itu, insya-ALLAH saya akan jumpa PM untuk bincang perkara ini
.
 



"Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Takkanlah hendak bayar sampai mati sedangkan rumah tidak boleh duduk," katanya ketika sidang media tahun 2015 "Tahun Perangi Penipuan" di Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelas beliau unit yang terbengkalai itu melibatkan 12 lokasi di seluruh Kelantan.

Oleh itu beliau berharap kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini.

"Sepatutnya kerajaan ambil peranan, takut masyarakat hilang keyakinan, kita minta bantulah mereka.

"Kalau tidak dibantu makin bermaharajalelalah 'penipu' itu," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya telah berjaya menyelesaikan satu kes rumah terbengkalai di Sarawak selepas campur tangan pihaknya dan kerajaan.

"Kita sudah selesaikan kes sama baru-baru ini di Sarawak. Alhamdulillah syarikat perumahan negara sudah siapkan," katanya lagi. ~SH

3 ulasan:

Naza berkata...

Ini kes pun mau jumpa PM ka.... aiyoooo

Alias Dasuki berkata...

Patutnya didedahkan Kerajaan mana yang menaja projek, siapa yang kutip duit, dan kemana pergi duit yang dikutip supaya semua dapat menilai pihak yang terlibat.

Awanama berkata...

rocky the great brown unused dick says: penjawat awam kene tipu? sejak bile? bukan deme ni ke yang menipu? baru pagi tadi jiran teman menipu rakyat.. ngantor anak gi klinik dalam 2-3 jam lepas tu claim kate "time slip"; bejadah ape 'time slip" tuh? bukan monteng ke name Nye? gaji nak bayor penuh! Sekadar catatan segera dari berjuta2 contoh "tipu". Tan Sri Auditor Negara rase2 buleh tulong jawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...