04 Disember 2014

VIDEO PERGADUHAN ANTARA POLIS SIMPANAN DAN PEMANDU TEKSI, ADAKAH RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN TERTEKAN !!!


Berbincang baik2 tak boleh ke..?? Jangan lah sampai begitu walaupun ada kuasa..!!!

SUMBER

Menurut seorang pengguna FB, Pergaduhan antara Polis Bantuan dgn Pemandu Teksi ini berlaku di CheckPoint Johor....





Rakaman video menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, yang dipercayai berlaku di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Satu rakaman video yang menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, tersebar luas di laman sosial Facebook.

Video selama satu minit dua saat itu dipercayai dirakamkan sewaktu kejadian itu dipercayai berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru.

Difahamkan, video itu mula tersebar, selepas dimuat naik ke laman sosial Facebook The Real Singapore dan dalam tempoh satu jam, ia sudah dikongsi hampir 626 pengguna laman sosial tersebut.

Berdasarkan penelitian The Rakyat Post, kedua-dua anggota polis itu dilihat menumbuk dan kemudiannya menendang pemandu teksi berkenaan.

Pergaduhan itu akhirnya dileraikan seorang anggota polis trafik yang tiba di lokasi kejadian bersama seorang pemandu teksi lain.

Maklum balas daripada orang awam ternyata kurang senang dengan kejadian itu, sehingga ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan.

Daeng Jonet berpendapat: “Apa pun kesalahan taxi driver…tak kan lah sampai bertumbok…awak pakai uniform…malu lah!!!!!!

Manakala Jay Chen Well pula berkata: “Whatever it is, policemen or civil servant to keep peace and not fight in the public. Shame sial.” (Apa pun yang berlaku, anggota polis atau penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukannya bergaduh di khalayak ramai. Memalukan)

Sementara itu, Rahidah Angin pula berkata: “Need to know both side of the story, cannot blaming one side.” (perlu tahu cerita kedua-dua belah pihak, tidak boleh salahkan satu pihak saja)

Read more: SINI

Johor Bahru: Seorang pemandu teksi ditahan selepas menyerang dua anggota polis bantuan dipercayai akibat tidak dapat menerima teguran pihak berkuasa itu yang memintanya mengalihkan teksinya, dalam satu kejadian di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, pemandu teksi berusia 38 tahun yang dipercayai memandu secara merbahaya sebelum itu meletakkan teksinya bukan di tempat parkir atau kawasan menurunkan penumpang sebelum didatangi dua anggota polis bantuan BSI yang memintanya beredar dengan cara baik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, berkemungkinan tidak dapat menerima teguran itu, suspek berkenaan bertindak menyerang dengan menarik kolar pakaian seragam polis bantuan berkenaan sebelum berlaku insiden pergaduhan itu.

“Suspek turut dilaporkan menendang polis bantuan terbabit sebelum seorang anggota polis trafik datang membantu meleraikan pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata, anggota trafik itu kemudian menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.

Klip video kejadian berkenaan yang dirakam orang ramai mendapat perhatian dan menjadi viral di laman sosial.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...