05 Disember 2014

OPERASI MKN : BUKTI CAMERON HIGHLAND DITEROKA SECARA HARAM JUGA LAMBAKAN PATI


Kerajaan Tunai Janji Isu Cameron Highland


CAMERON HIGHLAND, 5/12/2014 – Operasi mengempur peneroka haram di daerah ini yang bermula semalam sebagai satu usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan bagi menunaikan janji untuk menjaga keselamatan warga di Cameron Highland.

Ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan penerokaan secara haram.


Perbuatan meneroka tanah secara haram memberi kesan buruk kepada alam sekitar termasuk tanah runtuh. Selain itu, aktiviti penerokaan haram juga turut mengancam keselamatan awam seperti yang terjadi baru-baru ini yang turut mengorbankan nyawa dalam kejadian banjir kilat.

Sehubungan itu, pihak kerajaan bertindak tegas dengan mengerakkan jentera penggempur ke Cameron Highland dalam usaha mengekang kegiatan ini daripada terus berleluasa.

Operasi semalam juga merupakan adalah amaran awal oleh pihak kerajaan terhadap penceroboh haram terhadap tanah kerajaan.


“ Apa yang pasti seluruh kawasan Cameron Highland yang diteroka secara haram dibersihkan.” kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab.

“Kita akan terus memburu mereka sehingga Cameron Highlands bebas daripada PATI,” tegasnya.


Seramai 500 anggota daripada 16 agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pegawai dari Pejabat Peguam Negara digerakkan ke lokasi terlibat dalam Ops Gading yang bermula semalam dan diteruskan hari ini.-MO

2 ulasan:

Awanama berkata...

Pelik.... Beribu ekar dan gondol. Siap buat binaan seluas padang bola to baru sekarang ni pihak berkuasa nampak??? Hasil da berjuta2.... Terpencil sangt ke tempat tu sampai pihak berkuasa tak dapat kesan??????

sizzly7761 berkata...

Bukan tak nampak...tapi ada Jin dan dewa besar terlibat yang pihak berkuasa tahu tapi buat2 tak nampak yang menggerakkan kerja2 haram ni... semua ini berlaku kerana kerajaan tak fikirkan tentang negara dan rakyat tapi pentingkan perut sendiri dan kena jamu jin dan dewa untuk pastikan takde kacau ganggu dalam kehidupan dan kemewahan dunia... kalau benar...mengapa tangkap pati sahaja... tuan kepada pati bila nak tangkap dan dakwa? Bukankah ini semua kerja wayang aje?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...