03 Disember 2014

RUMAH MAMPU MILIK HANYA BERHARGA RM600!!!

Bukan nak hina abang ini hanya mampu membina rumah sedemikian, sedangkan perit untuk membayar sewa baik buat rumah ala kadar, mungkin juga dapat untuk menampung kos harian dari membayar sewa.....

Ini kira lebih baik dari yang bergelandangan di bandar2 besar....


Bina rumah berdindingkan buluh




Che Isa menyiapkan lantai rumahnya di Kampung Banir Belikong, Selising.

PASIR PUTEH - Seorang bapa terpaksa membina sendiri rumah daripada buluh dan batang pokok gelam kerana tidak mampu membayar sewa rumah RM350 sebulan akibat kesempitan hidup.

Walaupun rumah dibina di Kampung Banir Belikong, Selising dekat sini, agak daif, ia tetap akan menjadi tempat perlindungan empat sekeluarga itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Che Isa Che Daud, 43, berkata, keluarganya bernasib baik kerana masih ada tanah milik ibunya untuk dia membina rumah tersebut.

“Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mampu lagi membayar sewa rumah, akhirnya saya memilih membina rumah sendiri sejak sebulan lalu.

“Saya mengeluarkan perbelanjaan RM600 untuk membeli atap nipah, bahan lain terutama buluh dan pokok gelam saya cari sendiri,” katanya.

Dinding rumah dibuat daripada batang buluh yang dipecah-pecahkan, sementara tiangnya daripada batang pokok gelam.

Ketika ini Che Isa menyiapkan lantai konkrit yang dibuat secara berperingkat kerana tidak mampu membeli simen dalam jumlah banyak dalam satu masa.

Che Isa bersama isteri, Maskah Awang, 35, dan tiga anak berusia 2 bulan, 18 dan 20 tahun serta seorang lagi anak saudara yang dipelihara berusia 18 tahun akan menghuni rumah berkenaan dalam masa terdekat.

Che Isa berkata, dia belum memikirkan kemudahan lain untuk rumah tersebut seperti tandas dan bilik air.

"Yang penting saya siapkan rumah ini cepat supaya keluarga dapat berlindung dan berharap ada pihak dapat membantu meringankan beban saya sekeluarga,” katanya.

Orang ramai mahu membantu boleh menghubungi jiran mereka, Aziz Halim menerusi talian 0111-4943100.






Kepada yang bercadang nak buat rumah ......tetapi tiada modai.....hangpa boleh kutip palet2 kayu terbuang buat macam gambar diatas.....apa macam

Ramai Rakyat Malaysia 'Sangat Tidak Mampu' Untuk Membeli Rumah......


Kalau Kerajaan yang ada tidak berusaha untuk mengawal atau mengekang kenaikkan harga rumah yang semakin menggila diseluruh Malaysia ini.. tak mustahil di masa akan datang kita akan menyaksikan ramai rakyat Malaysia yang menjadikan bawah jambatan dan jejambat sebagai tempat tinggal mereka.. percayalah..

2 ulasan:

Awanama berkata...

Sedih..rakyat dh mula undur kebelakang..ibarat putaran zaman dh bermula..

Awanama berkata...

Aku tak hairan melihat apa jua statistik yg dikeluarkan menunjukan Sabah dan Sarawak sentiasa ketinggalan. Pertama memang rakyat disana memang bodoh pilih kerajaan yg perompak. Eloklah bila perompak menyamun sibodoh bila dekat PRU siperompak ni jadi Robinhood hulur seratus dua balik maka sibodoh ni cakap perompak ni bagus sebab bagi duit kat dia balik. Sibodoh tak sedar siperompak ni merompak hari hari selama 5 tahun dan hulur sikit seratus dua sekali dlm 5 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...