12 November 2014

AHMAD MASLAN DIARAH SERAH DOKUMEN 1MDB KEPADA PARLIMEN


Ahmad Maslan diarah serah dokumen 1MDB



KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan supaya mengemukakan semua dokumen berhubung surat sokongan kerajaan kepada pemegang bon melibatkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$3 bilion kepada Parlimen.

Dokumen-dokumen itu diperlukan bagi menentukan sama ada Ahmad telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu itu seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

“Saya boleh menolak isu ini dengan memutuskan bahawa timbalan menteri tidak ada niat untuk mengelirukan Parlimen. Saya boleh buat keputusan sekarang, tetapi ia mungkin tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu,” kata Pandikar ketika persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.


Selain itu, Pandikar turut memberi jaminan kepada Rafizi bahawa beliau akan membuat keputusan berhubung perkara berkenaan secepat mungkin.

Terdahulu, Rafizi cuba mengheret Ahmad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya bahawa 1MDB tidak menerima surat sokongan untuk bon berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad menerusi kenyataannya menjelaskan bahawa surat sokongan dikeluarkan kerajaan kepada pemegang bon melibatkan hutang 1MDB berjumlah AS$3 bilion sama sekali bukan jaminan kerajaan, lapor mStar.



Dedah berapa surat sokongan kerajaan untuk 1MDB – Rafizi

KUALA LUMPUR 12 NOV: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menuntut kerajaan mendedahkan bilangan surat sokongan yang digunakan oleh kerajaan untuk menjamin hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, surat sokongan berkenaan perlu didedahkan supaya nilai sebenar hutang kerajaan dapat diketahui.

“Surat sokongan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap jumlah hutang negara selain digunakan untuk menyembunyikan nilai hutang negara itu sendiri.

“Jika sekarang kita rasa hutang negara sudah tinggi tetapi sebenarnya ia jauh lebih tinggi kerana Najib telah menggunakan surat-surat sokongan untuk menyembunyikan hutang-hutang negara,” kata Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Selain itu, katanya, nilai liabiliti atau jumlah hutang kerajaan akan meningkat sekiranya terdapat agensi atau syarikat yang dijamin secara langsung mahupun tidak langsung gagal membayar hutang mereka.

Beliau membidas alasan kerajaan yang menyatakan surat sokongan untuk menjamin hutang RM9.6 bilion 1MDB seperti yang didedahkannya kelmarin tidak dikira sebagai kontigen liabiliti.

Tambahnya, surat sokongan ini begitu penting kerana perlu diketahui umum sama ada ia turut dikeluarkan kepada mana-mana syarikat lain seperti Khazanah Nasional dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...