14 Ogos 2014

TERKINI! 30 Adun Hilang Kepercayaan Terhadap Khalid Ibrahim



Calon Menteri Besar Selangor, Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan simple majoriti apabila memperoleh sokongan 30 ADUN termasuk dua ADUN PAS yang beralih arah.

Dua ADUN PAS, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang MENYOKONG GABUNGAN PKR DAN DAP MENJADIKAN KEDUDUKAN TERKINI DALAM  MAJORITI MUDAH 






SOKONGAN MAJORITI 30 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan pentadbiran Kerajaan Selangor dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 13.

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa 30 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (termasuk saya) seperti tersenarai di dalam lampiran telah menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar. Mereka juga telah menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambilalih tugas sebagai Dato’ Menteri Selangor yang baru.

Pendirian mereka ini dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADN selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan itu.

Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari UMNO dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus satu surat kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 1130 pagi ini untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan ke bawah DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.

Saya menasihati YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti. Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai Menteri Besar.

Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ahli Dewan Negeri Kajang


AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR YANG MENYOKONG PENCALONAN YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR

1. Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kawasan: ADN N4 Kawasan Sekinchan

2. Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kawasan : ADN N6 Kuala Kubu Baharu

3. Y.B. Tuan Idris Bin Ahmad
Kawasan : ADN N11 Ijok

4. Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kawasan : ADN N14 Rawang

5. Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kawasan : ADN N16 Batu Caves

6. Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kawasan : ADN N18 Hulu Klang

7. Y.B. Tuan Mohamad Azmin Bin Ali
Kawasan : ADN N19 Bukit Antarabangsa

8. Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kawasan : ADN N22 Teratai

9. Y.B. Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Kawasan : ADN N25 Kajang

10. Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kawasan : ADN N27 Balakong

11. Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kawasan : ADN N28 Seri Kembangan

12. Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kawasan : ADN N30 Kinrara

13. Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kawasan : ADN N31 Subang Jaya

14. Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kawasan : ADN N32 Seri Setia

15. Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kawasan : ADN N33 Taman Medan

16. Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran
Kawasan : ADN N34 Bukit Gasing

17. Y.B. Tuan Lau Weng San
Kawasan : ADN N35 Kampung Tunku

18. Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kawasan : ADN N36 Damansara Utama

19. Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kawasan : ADN N37 Bukit Lanjan

20. Y.B. Tuan Haji Yaakob Bin Sapari
Kawasan : ADN N40 Kota Anggerik

21. Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kawasan : ADN N41 Batu Tiga

22. Y.B. Dr. Puan Daroyah Binti Alwi
Kawasan : ADN N43 Sementa
23. Y.B. Dato` Teng Chang Khim
Kawasan : ADN N44 Sungai Pinang

24. Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kawasan : ADN N47 Pandamaran

25. Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Kawasan : ADN N48 Kota Alam Shah

26. Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Kawasan : ADN N49 Seri Andalas

27. Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei
Kawasan : ADN N50 Sri Muda

28. Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kawasan : ADN N52 Teluk Datok

29. Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kawasan : ADN N53 Morib

30. Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kawasan : ADN N56 Sungai Pelek


Khalid cabar Wan Azizah ‎buktikan sokongan majoriti dalam DUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. -TMI


6 ulasan:

iRock berkata...

Ha hahaaa........awat hang gagap khalid.......ramai lagi yg akan gagap selepas ni termasuk din ayam, din tantawi dan tuang presiden sendiri. Blogger yg gagap pula seperti al brangin, MM dan beberapa lagi.........wala' no!

Tanpa Nama berkata...

Betul lah kata Khalid. Nak undi lambat lagi. November. Macam macam boleh jadi woooo.

Tanpa Nama berkata...

Sekrng tski dikawal dr belakang tabir oleh umno bn..

Tanpa Nama berkata...

hebat noo ubn. org pkr yg buat hal ubn punya salah. agaknyela sume benda tak baik dlm PR ubn yg salah. oh, lupe lak PR tu penuh ngan org 'Maksum'

Tanpa Nama berkata...

kau ni cakap macam x de otak la anon 4.53.. kau ada bukti ke.. fitnah je tau..

Tanpa Nama berkata...

esok ..lusa ALLAH bg semua anak kau dan ketuunan kau semua gagap baru kau tahu... bodoh punya manusia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...