11 Ogos 2014

SIDANG MEDIA MB SELANGOR, ADA DAKWAAN TSKI TIPU SULTAN? BENARKAH....



Mesyuarat Dewan Diraja tak sentuh bubar Dun

KUALA LUMPUR: Majlis Dewan Diraja Selangor yang bermesyuarat hari ini tidak menyentuh isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid yang dipecat oleh PKR Sabtu lalu berkata, ini kerana beliau tidak meminta pembubaran itu dibuat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan baharu berlaku.

Ini kerana Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari PAS.

Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.



Exco tak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan. 

Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad. 

 Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri. "‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang untuk bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Pautan kekal imej terbenam

Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa
SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepadaHarakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain. HARAKAHDAILY



Adakah Khalid telah berjaya membohongi Sultan? Mana buktinya beliau mendapat kepercayaan dari majoriti Adun? Daripada Umno jelaslah.


Without any proof to support his claim, how can say majority of ADUN still with him?


Hmmm.... semoga tak ada yang gigit jari...

Ada yang mempersoalkan tindakan Khalid yang menyatakan kepada Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti..

Dengan menulis di Twitter "PKR (12) + DAP (15) = 27. UMNO (12) + Khalid = 13. Pas = not sure. "

"How did Khalid know he has support of majority?"

Itu kelebihan yang Khalid ada.. dia boleh pohon masuk mengadap Sultan dengan mudahnya..

Jadi takkan dia nak lepaskan peluang yang ada kot?

Pautan kekal imej terbenam

DIBAWAH  BERITA MERAPU DARI KEM UMNO & UG....KALAU HANGPA NAK PERCAYA TERPULANGLAH.......

Harian Metro ‏@hmetromy 11 min

Barisan Nasional (BN) menyokong status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor: Tan Sri Muhyiddin Yassin


Berdasarkan senario semasa, Khalid mungkin dapat sokongan penuh 15 Adun PAS, 12 dari BN dan beberapa orang lagi Adun dari PKR dan DAP.

Khalid memerlukan sekurang-kurangnya hanya 29 Adun sahaja bagi membolehkan beliau kekal tetapi difahamkan sehingga kini Khalid telah mendapat sokongan daripada 31 Adun Selangor.

Jika ini berlaku kemungkinan exco akan dibubarkan diganti dengan exco yang baru.

Menurut maklumat beberapa Adun umno dan Pas bakal dilantik sebagai exco dalam pentadbiran Tan Sri Khalid.

"Saya mendapat sokongan penuh daripada keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya, oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco, kita bekerja untuk rakyat Selangor bukan atas kehendak peribadi individu tertentu" kata beliau.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau akan mempertimbang cadangan untuk menyertai Pas tetapi buat masa kini beliau akan membersihkan namanya terlebih dahulu.

Isu pembubaran DUN tidak disentuh dalam mesyuarat dengan sultan kerana beliau tidak meminta pembubaran dewan dibuat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...