12 Ogos 2014

EXCO DAP DAN PKR MASIH SOKONG MB BEBAS!!! APA CERITA??

EXCO KERAJAAN SELANGOR HARI INI 12/08/2014

Exco DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebaliknya akan terus bekerja mengikut arahan parti.

"Saya tidak akan letak jawatan. Parti suruh saya terus bekerja," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memberi kata dua kepada exco PKR dan DAP supaya meletakkan jawatan jika tidak lagi mahu bekerja dengannya yang dipecat daripada parti sendiri.


'Tak ada pertemuan untuk tahu sokongan'



SHAH ALAM - Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengesahkan bahawa tiada pertemuan khas berlaku antara beliau dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendapatkan sokongan terhadap kepimpinan menteri besar itu.

Beliau yang ditemui pemberita di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebentar tadi memberitahu, pihaknya tidak dimaklumkan tentang pertemuan itu - seperti disebut Abdul Khalid semalam.

"Sejak jam 9 pagi tadi saya mempengerusikan tiga mesyuarat selama empat jam, antaranya mesyuarat berkenaan masalah denggi dan sebagainya.

"Setiausaha saya pun tidak menerima sebarang temujanji tentang pertemuan itu," katanya.

Semalam, Abdul Khalid memberitahu beliau akan menemui Exco DAP Dan PKR Selangor untuk bertanyakan sokongan mereka kepada beliau selepas dipecat keahliannya dari PKR pada Sabtu.

Ditanya tentang mesyuarat mingguan Exco, Chang Kim berkata ia akan dijalankan seperti biasa esok.

"Saya sudah terima notis tentang mesyuarat Exco dan ia akan dijalankan seperti biasa," katanya. ~SH



BERITA BERKAITAN :

Exco DAP, PKR Tidak Akan Temui Khalid Secara Peribadi




Barisan Exco DAP dan PKR tidak akan bertemu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini untuk berbincang mengenai kemungkinan untuk kekal dalam pasukan menteri besar itu.

Menurut satu sumber dari pejabat Exco Selangor, mereka hanya akan bertemu Khalid dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri esok.

Sumber yang enggan dinamakan menyebut, barisan Exco DAP kini sedang menunggu arahan parti dan tidak akan bertemu Khalid secara individu untuk urusan ini.

“Mereka (exco) akan hadir dalam mesyuarat esok, secara beramai-ramai. Saya diberitahu PKR juga begitu,” katanya yang menambah, parti terbabit dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut hari ini.

Khalid semalam dilaporkan akan menemuduga Exco secara individu untuk mengetahui kesanggupan mereka bekerjasama dengan beliau.

Beliau turut memberi kata dua kepada barisan Exco tersebut untuk meletak jawatan sekiranya tidak ingin menyertai pasukan beliau.

Katanya, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk menjalankan pentadbiran.

Barisan Exco sedia ada kini terdiri dari empat orang wakil PAS dan masing-masing tiga orang dari PKR dan DAP.

berita lain: 

Hanya tiga EXCO dilihat jumpa MB Selangor setakat jam 12 tengah hari

SHAH ALAM: Setakat jam 12 tengah hari ini, hanya tiga EXCO dilihat hadir bagi menghadiri perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Mereka adalah EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim; EXCO Pelancongan, Hal ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth wong Keat Ping dan EXCO Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr ahmad Yunus Hairi.

Difahamkan semua EXCO Selangor diminta hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi membincangkan pendirian mereka mengenai isu jawatan Menteri Besar. ~BH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lompat parti ker??? jadi bebas jgak
lebih teruk dari perak mcam ni

Tanpa Nama berkata...

Haha...rasakan sokong lagi Parti Anak Beranak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...