01 Mei 2014

PANAS! BANTAH GST..TIADA SAMBUTAN? DAN PENJAWAT AWAM SERTA DEMO DIANGGAP PENGKHIANAT BETULKE..


LEBIH 25,000 ORANG HADIR UNTUK DEMO BANTAH GST.....

Pautan kekal imej terbenam


LAPURAN MALAYSIA KINI :  'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST

Jumlah peserta perhimpunan menbantah GST di Dataran Merdeka hari ini mencecah angka 50,000.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Penjawat awam sertai demo GST pengkhianat

JITRA - Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.


"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan GST hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.

Ha...ha...Bodek sakan.................

Pautan kekal imej terbenam

RESPON DARI PIHAK KERAJAAN :   Kerajaan tetap teruskan GST


KUALA LUMPUR - Kerajaan akan tetap melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 meskipun mendapat bantahan daripada sesetengah pihak.

Langkah ini diambil sejajar persiapan kerajaan yang sudah diambil hampir 30 tahun bagi tujuan itu.

Menyifatkan perhimpunan membantah GST sebagai tidak wajar, Kementerian Kewangan berkata, penganjur seharusnya menggunakan pendekatan lebih baik untuk menyuarakan pendapat.

"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan,” katanya.

GST yang dikenakan pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan dikecualikan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak.

Barangan dan perkhidmatan lain yang turut dikecualikan ialah perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen dan perkhidmatan kesihatan.

Tambahnya, GST bukan perkara baharu, malah 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Kadar GST yang bakal dikenakan juga adalah antara yang terendah dalam dunia.

"Prinsip yang perlu semua fahami adalah cukai itu diproses daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat untuk tujuan pembangunan sosial serta ekonomi mereka.

"Kerajaan tak simpan duit itu kerana kita akan kembalikan kepada rakyat melalui bajet tahunan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...