03 Mei 2014

KAJI SEMULA TOL PLUS KEMENTERIAN NAFI PULAK !!!


Tol: Kementerian kata menterinya disalah petik

Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa menterinya, Datuk Fadhillah Yusof tidak menyatakan bahawa Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bersetuju untuk menyusun semula kadar tolnya.

Menyatakan bahawa beliau telah disalah petik, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata Fadhilah sebenarnya merujuk kepada penstrukturan semula yang dilaksanakan PLUS dan diumumkan pada 17 November 2011.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai penstrukturan semula kadar tol di Kuching kelmarin

Pada 2011, kenaikan tol bagi Lebuh Raya Utara Selatan diturunkan daripada 10 peratus setiap tiga tahun kepada 5.0 peratus pada tempoh masa yang sama, manakala Jambatan Pulau Pinang tidak menyaksikan sebarang kenaikan.

Bernama secara tidak sengaja memetik menteri berkenaan menyatakan bahawa PLUS, yang memiliki konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini bersetuju menyusun semula kadar tol.  - Bernama



Lebih 14 Juta Penyimpan KWSP Mendapat Faedah Daripada PLUS

[Perjanjian dengan PLUS Dikaji semula - Fadillah]

Setiap kali bercakap soal tol, maka isu Projek Lebih Raya Utara Selatan sentiasa menjadi topik perbualan orang ramai. Seolah-olah rangkaian lebuh raya terpanjang di Malaysia ini menjadi satu bebanan dan pemangkin kenaikan kos sara hidup rakyat.

Hakikatnya, Lebuhraya Utara Selatan yang merentasi lapan negeri di semenanjung, menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan negara sejak 20 tahun lalu tidak banyak menjejaskan kenaikan kos sara hidup rakyat berbanding pemilik-pemilik lebuh raya dalam bandar seperti Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP), Lebuh raya Kuala Lumpur- Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX).



Ramai yang mungkin tidak mengetahui ialah PLUS Malaysia Berhad pemilik PLUS merupakan satu syarikat berkaitan kerajaan. Justeru itu apabila timbul cadangan untuk membeli Plus dengan janji untuk menurunkan harga tol, ramai yang menggesa kerajaan sendiri mengambil alih Plus.

Namun gesaan ini agak kurang tepat kerana empat tahun lalu PLUS telah pun diambil alih oleh Kerajaan melalui pemilikan bersama Kumpulan Wang Simpangan Pekerja dan kumpulan UEM.

TV3 beberapa hari lalu melaporkan pandangan FA Securities Zakie Ahmad Shariff, bahawa sehingga kini usahasama KWSP – UEM ini telah menjadikan PLUS bukan sekadar milik rakyat semata-mata, malah secara langsung memberi manfaat kepada lebih 14 juta KWSP.

Jelas zakie, peningkatan kos sara hidup memerlukan kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi bagi mengurangkan kekerapan kenaikan serta kadar tol. Tambah beliau, jika dilihat pada faktor kekerapan penggunaan lebuhraya dalam kehidupan seharian warga kota, beliau mengalu-alukan jika pihak ketiga mahu mengambil alih lebuhraya di dalam bandar.

Zakie yang juga pakar ekonomi turut berpendapat, selaku pemilik aset terbesar negara yang menjadi tulang belakang kepada rangkaian pengangkutan semenanjung malaysia, adalah wajar untuk plus kekal status quo. Katanya lagi, pengguna lebih terbeban dengan tol di lebuh raya dalam bandar berbanding dengan lebuh raya antara negeri.

Mencari Titik Persamaan Kerajaan – PLUS

Dalam pada itu, umum mengetahui bahawa perjanjian lama antara PLUS dan Kerajaan ialah membenarkan syarikat terbabit menaikkan kadar tol setiap tiga tahun tanpa mengambil kira apa-apa pertambahan trafik mahu pun keuntungan projek ini. Justeru itu, setiap tiga tahun kita akan berhadapan dengan isu kenaikan tol ini.

Sungguhpun PLUS sudah menjadi sebahagian GLC, namun perjanjian PLUS dan kerajaan ini turut membabitkan pihak pemberi hutang kepada PLUS sebelum ini dan kepentingan pemegang saham minoriti dalam PLUS sendiri. Jika tol tidak dibenarkan naik, kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS Berhad.

Pampasan ini bukanlah seburuk yang cuba digambarkan oleh sebahagian orang. Biarpun secara teknikal dan perkiraan akaun ia merupakan kerugian kepada kerajaan, namun realitinya, sebahagian besar pampasan tersebut kembali semula kepada kerajaan sebagai pemegang saham dan rakyat yang menjadi penyimpan dalam KWSP.

Namun dalam jangka masa panjang ia mewujudkan persepsi bahawa pengurusan kewangan negara lemah dan kurang baik kerana berbelanja secara berlebihan dalam pemberian subsidi dan pampasan.

Justeru itu, satu rangka kerjasama “menang-menang” antara perniagaan PLUS dan politik kerajaan harus diambil kira. Apa sahaja perjanjian dalam dunia korporat boleh dipinda berdasarkan persetujuan kedua-dua-dua entiti.

Mungkin dalam konsteks inilah semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof mengumumkan bahawa, Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS), salah satu pemegang konsesi lebuh raya utama negara telah bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol.

Beliau berkata penstrukturan semula itu dijangka membabitkan perubahan perjanjian yang lebih memihak kepada kebajikan rakyat.

“PLUS telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu kadar tol melibatkan perubahan perjanjian…dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis di sini, hari ini.

Mengulas antara kandungan penstrukturan itu, Fadillah berkata sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun, namun menerusi penstrukturan ini, jika PLUS ingin membuat kenaikan kadar tol perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan itu.

“Jadi kerajaan akan mempertimbangkan boleh atau tidak dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka,” katanya.Justeru

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...