28 April 2014

ALASAN JPP PEMILIHAN PKR MACAM NAK TUTUP KESALAHAN...APA-APA PUN BUATLAH SIASATAN DAHULU.!!!

JPP pemilihan PKR sahkan berlaku ‘blackout’ ketika pengiraan undi


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul mengatakan akan terus menyiasat kejadian 'blackout' yang terjadi di dalam hotel bajet di mana lokasi pengiraan undi dijalankan, menimbulkan kekecohan di sana. 

Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak lalu mencetuskan kekecohan.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan.

Ada sekumpulan petugas yang menjalankan tugas, oleh kerana tempat itu di kawasan pedalaman, tiada lokasi sesuai diadakan pengundian, jadi mereka memilih tiga bilik di hotel bajet berkenaan.

"Sehabis waktu pilihan raya, petugas dan wakil daripada calon bawa undian ke dalam bilik untuk pengiraan, dan ketika itu seluruh kawasan Batang Sadong tiba-tiba terputus bekalan elektrik," kata Johari pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, ketika kejadian itu berlaku, dua wakil calon pergi ke bilik berkenaan dan mendapati kertas undi berselerakan.

"Ketika mereka sedang buka tong undi dan mengira, kebetulan bekalan elektrik terputus.

"Terdapat dua calon majlis pemilihan pusat yang datang untuk memastikan pengiraan, tetapi mereka terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu bilik dibuka," katanya, dan menambah, insiden itu kemudiannya mencetuskan kekecohan.

"Mereka ambil gambar kertas undi berselerakan, lalu mereka mendakwa wujudnya unsur penipuan," katanya.

Johari bagaimanapun berkata pihaknya akan melakukan penyiasatan segera berhubung perkara itu."Saya akan menyiasat perkara ini. Selepas ini saya terus ke Batang Sadong," katanya.
BERITA BERKAITAN............

Pemilihan PKR: Che Gu Bard nasihatkan Eekmal dapatkan maklumat lengkap


KUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che Gu Bard menasihatkan anggota kumpulan pemikir pasukan Keadilanraya, Eekmal Ahmad supaya mendapatkan maklumat lengkap sebelum membuat kenyataan.

Badrul berkata dakwaan yang dibuat Eekmal bahawa calon timbalan presiden, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih memegang jawatan Setiausaha Agung PKR biarpun bertanding pada pemilihan kali ini adalah tidak tepat.

Katanya, Saifuddin telah pun memaklumkan kepada PKR bahawa beliau bercuti dari menjalankan tugasnya sebagai setiausaha agung sebaik saja mengesahkan menyertai pertandingan dan tidak lagi menghadiri mesyuarat biro politik.

"Pada 10 April, Saifuddin sudah menghantar surat kepada parti memaklumkan bahawa beliau bercuti dari menjalankan tugasnya sebagai setiausaha agung.

"Sebaik saja Saifuddin umumkan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden, beliau tidak lagi menghadiri mesyuarat biro politik," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, apa yang dilakukan oleh Saifuddin berbeza dengan Xavier Jayakumar yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

"Sehingga hari ini, Xavier masih tidak bercuti atau melepaskan jawatan sebagai biro politik lantikan dan masih menghadiri mesyuarat biro politik.

"Xavier dalam pasukan Azmin, jadi lebih baik Eekmal nasihatkan Xavier supaya bercuti dari jawatan lantikannya itu dan tidak menghadiri mesyuarat biro politik," katanya.

Badrul juga meminta Eekmal memahami tugas setiausaha agung parti sebelum membuat kenyataan kepada mana-mana media.

Katanya, setiausaha agung hanya membentangkan laporan mengenai perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) ketika kongres parti diadakan.

"Bagi laporan proses pemilihan pimpinan parti, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Jo (Johari Abdul) akan membentangkan laporan ketika kongres PKR nanti, bukan setiausaha agung.

"Pemilihan dikendali JPP, jadi bukan setiausaha agung yang akan bentangkan laporan kepada perwakilan yang menghadiri kongres," katanya lagi.

Pada Ahad, Eekmal memberitahu Astro AWANI bahawa secara peribadi beliau berpendapat Saifuddin perlu meletak jawatan sebagai setiausaha agung kerana bertanding merebut jawatan timbalan presiden.

Eekmal bagaimanapun menegaskan pandangan itu merupakan pandangan peribadinya dan tidak menjadi satu kesalahan untuk Saifuddin terus memegang jawatan setiausaha agung biarpun bertanding dalam pemilihan part

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...