27 Februari 2014

PENGAMBILAHAN AIR SELANGOR BUKTI DASAR PENGSWASTAAN MAHATHIR DAN BN GAGAL


Kesan dasar pengswastaan yang gagal kerana kroni , contohnya syarikat Syabas gagal mengurangkan kadar air, kehilangan air NRW yang tidak menurun mengikut standard, pembangunan struktur air gagal berkembang mengikut keperluan.

Akhirnya semua ini ditanggung oleh pengguna dan rakyat juga pelabur , keperluan  asas yang mengakibat kos yang tinggi juga membantutkan industri dan pembangunan adalah berpunca dari ahli politik yang tamak untuk membolot projek atau konsensi bagi mengaut kekayaan.

Paling malang pengguna air dijadikan mangsa ugutan oleh pihak konsensi Air bagi mensabotaj kerajaan PR Selangor , rakyat selangor tidak silap memilih PR dalam PRU13 kerana sekiranya BN memerintah tentu kadar air terus naik paling teruk keperluan asas jadi senjata untuk balas dendam oleh orang2 politik yang sudah berpenyakit GILA BABI......


Perjanjian air Selangor akibatkan kenaikan tarif?



Pembinaan pusat rawatan air Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada.

Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna.

Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.


"Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.

MoU yang ditandatangani itu juga akan membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam negeri, dengan pampasan RM9.65 bilion kepada keempat-empat syarikat tersebut.

Syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

Sebuah konsortium akan dibentuk untuk menyelia industri air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang dimiliki kerajaan negeri.

Sebagai ganti, Selangor pula bersetuju meluluskan perintah pembangunan bagi Langat 2 dan memastikan sebarang kelulusan yang perlu akan diberikan dalam masa 30 hari daripada semalam.

Piarapakaran berkata, pusat rawatan Langat 2 dijangka akan mempunyai kapasiti 1,200 juta liter air setiap hari, dan jumlah ini akan memudahkan permintaan yang perlu dipenuhi pusat rawatan sedia ada.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia, Foon Weng Lian (gambar) berkata, sebarang kenaikan tarif perlu melalui perundingan dengan rakyat dan pemegang saham lain sebelum apa-apa pengumuman dibuat.

"Kami melihat tarif air akan meningkat tetapi ini akan dibincangkan dengan pihak berkepentingan lain," katanya.

Menganggap perjanjian tersebut sebagai sebuah pencapaian cemerlang dalam industri air Selangor, Foon juga menyeru supaya sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan yang merangkumi pakar air, ahli ekonomi dan badan bukan kerajaan bagi memastikan ketelusan dalam penyusunan semula perkhidmatan air.

Selangor sekian lama menangguhkan Langat 2 walaupun didesak Putrajaya yang mengatakan ia perlu untuk memastikan bekalan air kekal pada masa akan datang.

MoU ini ditandatagani semalam selepas perundingan selama empat tahun.

Tahun lepas, pentadbiran negeri Khalid membuat tawaran terakhir RM9.65 bilion untuk mengambil alih semua ekuiti empat syarikat air itu.

Tawaran tersebut ditolak PNSB dan Abbas pada Disember lalu, namun Puncak Niaga Holdings Bhd – yang memiliki PNSB dan mempunyai 70% saham dalam Syabas – kembali berunding dengan beberapa syarat, termasuklah pulangan sebanyak 15% ke atas ekuiti konsesi air tersebut, menurut laporan The Edge Financial Daily.

Bagaimanapun, Khalid berkata apapun keputusan perundingan tersebut, kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tetap dengan penyusunan semula itu.

"Mereka (konsesi air tersebut) menyatakan pendirian mereka tentang isu ini. Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana undang-undang membolehkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk menguatkuasakan pengambilalihan.

"Ini yang terbaik dapat kita tawarkan. Kita juga memasukkan satu fasal yang mengatakan jika mereka berasa tertipu, mereka boleh mendapatkan pertimbangan antarabangsa.

"Jika pertimbangan antarabangsa memutuskan kami sepatutnya membayar lebih, maka kami akan bayar, tetapi jika pertimbangan antarabangsa memikirkan ia sepatutnya lebih murah daripada apa yang kami tawarkan, kami akan kekalkan tawaran kami," kata Khalid.

Minggu lepas, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata Putrajaya lebih senang jika semua parti mencapai persetujuan yang sama tentang aset air di Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak mengenepikan kemungkinan kerajaan Persekutuan akan menggunakan akta Seksyen 114 tersebut – yang memberi kerajaan Persekutuan kuasa penuh ke atas semua konsesi air – sekiranya perundingan tidak berjaya.

"Diharap pelbagai perkara dapat diselesaikan dalam minggu akan datang," beliau berkata seperti dilaporkan Bernama.

Perundingan bagaimana untuk meneruskan penyusunan semula industri air Selangor menemui pelbagai halangan dalam tahun-tahun yang lepas, termasuk apabila Khalid mengatakan pemegang saham konsesi air yang “kurang realistic” tentang nilai ekuiti syarikat mereka.

Kerajaan negeri dan Persekutuan juga berbalah untuk jangka masa yang lama, terutamanya atas pembinaan pusat rawatan Langat 2 di Kuala Langat, yang akan memproses air mentah dari Pahang bagi memenuhi permintaan air dirawat yang meningkat di Lembah Klang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...