28 September 2013

FAS : REALITI ANTARA BOLASEPAK & MASJID

Selangor negeri, PKNS kelab jer. Yang hairan tu KELAB lagi berjaya dari NEGERI.
Kelab bukan banyak duit sangat pun. Tapi boleh berjaya.

Tiba2 pula Azmin masuk campur. Lain macam jer politik mereka nie. Kita lihat Ts Khalid pun tak campur dalam pengurusan FAS tentu ada yang tidak kena sehingga gagal memasuki suku akhir piala Malaysia. Ada baiknya orang politik tidak campur dalam pengurusan bolasepak setakat dana ianya harus mengikut keperluan yang sesuai kerana setiap yang dibelanjakan melibatkan dana awam.

Pandangan dari NGO SAMM:

Red Giants: SAMM Selangor Percaya Sumbangan Kerajaan Negeri Adalah Memadai


Kenyataan Media
27 September 2013

Red Giants: SAMM Selangor Percaya Sumbangan Kerajaan Negeri Adalah Memadai

Pasukan Selangor atau dikenali sebagai The Red Giant merupakan sebuah pasukan yang evergreen dan digeruni lawan sepanjang masa dalam kancah bolasepak tempatan. Tidak dinafikan, perkembangan yang baik dalam pembangunan bolasepak pasukan Selangor seharusnya diberi perhatian.

Namun sebagai anak muda progressif, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menggesa semua pihak yang saban hari mengkritik dasar kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim dalam sudut pembangunan sukan supaya lebih proaktif dan positif.

SAMM Selangor difahamkan kerajaan negeri telah menyumbang lebih 7 juta setahun untuk pembangunan sukan bolasepak negeri. Jumlah bantuan tersebut adalah yang tertinggi berbanding negeri lain. Apakah bantuan sebanyak lebih RM 7 juta setahun tidak memadai?

SAMM Selangor percaya kerajaan negeri telah memberikan sokongan yang besar namun perlu diingat bahawa sukan bolasepak seharusnya lebih bertenaga dengan tajaan syarikat besar dalam negara. Pihak yang mengkritik harus meneliti apakah sebabnya bolasepak tempatan kurang mendapat tajaan yang besar sehingga memaksa kerajaan negeri dilihat 'wajib' menjadi penaja utama.

SAMM Selangor melihat FAM sebagai satu badan yang gagal membawa bolasepak tanahair ke tahap komersial yang tinggi. FAM perlu dirombak dan diberi nafas baru maka bolasepak tempatan akan berpotensi untuk lebih bersinar seterusnya mendapat sokongan besar dari syarikat gergasi dan menarik minat lebih ramai pelabur.

Pelaburan besar-besaran dari pihak kerajaan negeri tidak semestinya akan membawa hasil lumayan. Pasukan negeri Melaka sebagai contoh, telah dilaburkan jutaan ringgit tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ia merubah menjadi satu pembaziran.

SAMM Selangor meminta agar semua pihak lebih memikirkan bagaimana dana peruntukkan kerajaan negeri dibelanjakan dengan manfaat terbaik terhadap rakyat tanpa mengabaikan perkembangan sukan di peringkat negeri. Kebajikan rakyat adalah keutamaan dan tidaklah perlu menggadai negeri hanya semata-mata untuk sebuah pasukan bolasepak yang kuat. Berbelanja biarlah dengan berpada-pada, RM 7 juta setahun yang diperuntukkan itu sudah lebih dari mencukupi dalam aspek bantuan kerajaan negeri.

SAMM Selangor juga menggesa kepada semua penyokong agar tidak hanya 'bising' ketika pasukan negeri tidak berada di puncak prestasi, tetapi memberikan sokongan tanpa belah bahagi walau di mana pun kedudukan pasukan negeri.


Azhar Achil
Penyelaras Bersama




Masjid & bola jadi sindiran Azmin pada MB

Walaupun tidak menyebut nama secara langsung, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali secara sinis menyindir Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan mengajak rakyat bermain bola sepak tetapi pada masa yang sama mengingatkan umat Islam supaya tidak lupa untuk mengimarahkan masjid.

Reaksi tersebut susulan kenyataan Khalid semalam yang memberi pilihan kepada Pemuda PAS Selangor sama ada mahu peruntukan untuk buat masjid atau bola sepak selepas pasukan negeri itu dikatakan kekurangan dana daripada Menteri Besar Incoperated (MBI).


Pemuda PAS Selangor mengkritik dengan mendakwa kekurangan penajaan MBI yang menyebabkan beberapa pemain bintang dalam pasukan bola sepak negeri cuba dipancing pasukan lain dengan tawaran gaji yang lumayan

"Jom kita bermain bola sepak dan kemudian jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak

"Umat Islam punya tanggungjawab untuk imarahkan masjid. Bersama merealisasikan usaha murni ini. #Masjid&Bolasepak," kata Azmin dalam Twitternya semalam.

Di samping itu, pada masa yang sama Azmin yang juga ahli parlimen Gombak memuji pasukan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini sedang bersaing dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Walaupun pasukan Selangor tidak layak ke pusingan itu, Azmin menegaskan pasukan bola sepak negeri itu mempunyai trek rekod gemilang yang tidak boleh dinafikan.

"Tahniah PKNS FC! Tapi jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak.

"Selangor punya sejarah bola sepak yang gemilang. Jangan sesiapapun nafikan," katanya.

Sementara itu, rakan sejawatnya ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau tak nampak kedua-dua perkara itu bersifat "eksklusif" serta perlu membuat pilihan salah satu daripadanya.

"Adakah dimaksudkan bahawa kewangan Selangor sudah terlalu terhad sehingga tak mampu buat kedua-duanya serentak?

"Kiranya begitu, bagaimana pada tahun sebelumnya, kenapa pula mampu? Kedua-dua dilihat penting bagi PAS dan kedua-duanya perlu dipertahankan," katanya dalam reaksi ringkasnya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Azmin jangan nak cari pengaruh.....
Bila Pemuda Pas cakap pasal bola, tegur MB TSKI pasal dana..... Azmin pun tumpang semangkok......
Saudara Azmin JANGAN JADI MAKHLUK PEROSAK.... cukuplah dalam PAS ad a dua tiga kerat manusia UG yang membuat kenyataan itu dan ini yang tujuan baik pada satu peringkat, tetapi sukar difahami peringkata akar umbi.....

Ini kamu (azmin) pula nak buat onar.... Adakah kamu fikir kamu boleh mengurus harta lebih baik dari TSKI? Belajar dulu beb..... Kau perlu besabar meniti tang (climbing the ladder).....

Aku takut akhirnya kau akan ke kepompong umno akhirnya......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...