15 Jun 2013

HOT ! ANNUAR ' BELASAH ' FAM KAW..KAW..FAM BUKAN MACAM ATM ...




Kuala Lumpur: Pencapaian bola sepak negara tidak seberapa, tetapi Sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai antara 70 dan 80 petugas, berbanding Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang bersaing di taraf dunia hanya mengambil kurang daripada 10 petugas.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar), berkata jumlah kakitangan yang terlampau ramai boleh menyebabkan pembaziran sekali gus menjejaskan pembangunan dan kualiti bola sepak tempatan.

Paling tidak masuk akal gaji sesetengah pegawai (FAM) lebih tinggi daripada gaji jeneral, malah mungkin lebih tinggi daripada gaji menteri.

Kos pentadbiran dan pengurusan FAM mencecah puluhan juta ringgit tetapi anggota gabungan kekeringan wang walaupun mendapat wang tajaan berpuluh juta yang tidak sampai kepada mereka sedangkan hak pasukan seperti hak penyiaran telah dijual.

"Malaysian Super League (MSL) ditutup tetapi Urusetia FAM menambah bilangan jabatan mereka dan akhirnya FAM berada dalam ketidakcukupan wang menyebabkan ahli gabungan yang merana," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam.


Hadapi masalah lebih besar

Beliau berkata, bola sepak Malaysia sedang menghadapi masalah yang jauh lebih besar, malangnya Urusetia FAM masih tidak nampak dan Presiden FAM pula yang terpaksa memikul bebanannya. 

"Walaupun sudah tiga presiden negeri digantung kerana melanggar peraturan FAM, suara teguran akan terus berkumandang kerana FAM  bukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," katanya.



Tiga presiden berkenaan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim dan Annuar sendiri.

Annuar turut mendakwa Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad bersikap seperti seorang 'jeneral tentera' dalam badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata masalah yang berlaku dalam FAM sekarang adalah kerana Leftenan Jeneral bersara itu merasakan masih berkhidmat dalam tentera walaupun sudah lama bersara.

"FAM bukan batalion tentera sebaliknya ia lebih unik daripada itu. Dalam FAM ada EXCO yang dipilih dan dalam bola sepak juga ada pemegang kepentingan termasuk penyokong, penaja, kementerian, ahli gabungan dan lain-lain yang cukup berbeza dengan tentera," katanya.


Annuar berkata jawatan Setiausaha Agung FAM bukan dipilih menerusi pengundian daripada EXCO FAM sebaliknya ia dilantik dan dibayar gaji.

"Justeru tanggungjawab (setiausaha agung) bukan sekadar kepada presiden tetapi kemajuan keseluruhan bola sepak itu sendiri kerana dalam ketiadaan kongres dan EXCO, urusetialah yang berkuasa," katanya. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...