29 Mei 2013

Terkini ! Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Safwan Anang mengaku tidak bersalah beri ucapan berbaur hasutan! [ Video ]

TERGEMPAR!

Keputusan drastik drpd Safwan Anang utk tidak diikat jamin walaupun ianya bernilai RM5000 sangat mengejutkn semua pihak termasuk kami.

Safwan Anang pesan kpd kami, ianya bkn soal duit sbyk rm5000..tp ianya soal prinsip.. Penangkapan beliau bermotifkan politik semata2! Beliau yg mahukan AnkMuda bangkit melawan penindasan & kezaliman. Mesej utama yg beliau smpaikn ialah beliau mahu demokrasi di Malaysia dipulihkan. Sistem pilihanraya yg bobrok sgt mengecewakn rmai pihak.

Walaupun beliau di dalam, kami tetap bersama2 dgn beliau bersolidariti di luar!!! Perjuangan adlh perlaksanaan kata2! Maka, ankmuda! Adkh kamu msih lg duduk diam??!!!

Tunjukkan bahawa kalian berani! Ankmuda sudah "gila" bilamana tdk takut dgn sebarang tangkapan!!! Respon dari isteri beliau bahawa, "sy hormat keputusan suami sy.."!

Wrtawan mengalirkan air mata bilamana chegubard memberitahu yg isteri safwan sdg mengandung!



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua dan tiga lagi aktivis pembangkang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, pada 13 Mei lalu.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu bersama aktivis PAS, Tamrin Ghafar; aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU), Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Anang, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Norsharidah Awang, sebentar tadi.

Mahkamah menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan kes.


Keadaan di luar Mahkamah, Adam Adli kelihatan di Mahkamah sesyen 1
Menyusul lagi....









Tian Chua & tiga yang lain didakwa di bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim, aktivis Pas Tamrin Ghafar dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan hari ini.

Malam tadi, Tian Chua, Haris dan Tamrin ditahan semula di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan 
selepas empat hari dibebaskan.

Terdahulu, permohonan reman pihak polis keatas mereka ditolak majistret pada 24 Mei lalu.

Antara yang ditahan di IPD Dang Wangi malam tadi ialah Safwan Anang, akan didakwa mengikut peruntukan sama, pagi ini.

Sementara itu, individu yang turut menerima perintah tahanan reman ialah seorang lagi aktivis, Hishamudin Rais.

Terdahulu, aktivis mahasiswa Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan selepas lima hari direman di Lokap Berpusat Jinjang.

Adam yang ditahan di Bangsar Utama 18 Mei lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM5,000 oleh seorang penjamin dan kes berkenaan disebut semula pada 2 Julai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...